Sembilan Tips Kekal Sihat Di Musim Panas

Kebelangan ini carian berkaitan kekal sihat di musim panas sangat tinggi. Sememangnya keadaan cuasa terlampau panas.

Malah kerajaan juga sudah mengeluarkan amarah supaya jangan terdedah kepada panas terlalu lama lagi-lagi sekitar pukul 12 tengahari hingga 3 petang.

Bimbang akan terkena stroke haba. apa itu stroke haba?

Anda boleh baca sini –>> Strok Haba | Simptom Dan Tanda-tanda

Bagaimana untuk kekal sihat di musim panas? Berikut adalah Sembilan tips kekal sihat di musim panas yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sembilan tips kekal sihat di musim panas

  • Banyakkan minum air kosong tanpa mengira tahap aktiviti fizikal
  • Gunakan kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.
  • Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar.
  • Pakai losyen pelindung suria (SPF 50 ke atas lebih baik)
  • kurangkan minum minuman berkafein, alkhohol dan bergula
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Tidak duduk Di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
  • Minum minuman isotonik untuk menggantikan garam yang hilang akibat berpeluh
  • Pakai topi atau payung untuk melindungi daripada pancaran haba terus ke badan.

Itulah sembilan tips kekal sihat di musim panas. Semoga kita semua terhindar daripada masalah kesihatan yang serius.

Terima kasih kerana membaca.

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close