Mengapa Sakit Pada Tumit & Tapak Kaki Di Waktu Pagi?

Pernah alami sakit pada tumit dan tapak kaki di waktu pagi? Mrs.Belalang ada masalah itu. Setiap kali bangun dari tidur mesti dia tidak dapat berjalan dengan betul kerana sakit yang teramat sangat pada bahagian kaki.

Sebenarnya dah lama Mrs.Belalang menderita sakit ini. Cuma baru-baru ini Belalang tergerak hati untuk Google dan mancari apakah punca dan sebab sakit itu.

Sakit tumit dan tapak kaki

Sakit tumit dan tapak kaki

Hasilnya, Belalang telah menemui beberapa faktor yang Belalang rasa agak tepat dengan masalah yang Mrs.Belalang hadapi.

Perkongsian di bawah ini Belalang ambil dari blog Lactolite. Harap anda membacanya hingga habis-

Antara punca sakit tapak kaki adalah :

  • Radang pada tisu di bahagian tumit dan tapak kaki
  • Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
  • Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
  • Kecederaan tulang seperti retak

Antara keadaan yang sering berlaku adalah keadaan di panggil ‘Plantar fasciitis‘ iaitu plantar = tapak kaki; fasciitis = radang pada fascia ( tisu) di bahagian tapak kaki.

Plantar fasciitis : Kenapa sakit tapak kaki/tumit lebih teruk di waktu pagi ?

Semasa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi ‘rehat’ , otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan.

Bagaimana mencegahnya ?
Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai
Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

Benarkah faktor kegemukan/ berat badan berkait dgn sakit tumit ?

Ya. Apabila berdiri dan berjalan berat akan diedarkan sama rata di bahagian kaki (tulang dan tisu).Dan bahagian kaki dapat menampung berat tertentu sahaja. Berat berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di bahagian kaki. Akibatnya risiko kecederaan adalah lebih tinggi. Dan tekanan berulangan tersebut akhirnya menyebabkan rasa sakit pada tumit dan tapak kaki.

Di bawah ini cara merawat dan mengurangkan kesakitan pada kaki juga Belalang ambil dari blog Lacotile-

  • Rehatkan kaki jika sakit. Misalnya, kurangkan aktiviti seperti berjalan jauh atau lama, mendaki dan berlari. Elakkan mengangkat beban yang berat.
  • Lakukan tuam ais di bahagian tapak kaki 2-3 kali sehari atau lebih kerap jika sakit baru bermula untuk mengurangkan radang dan ketegangan fascia’. Ia juga boleh dilakukan selepas bersenam atau berjalan jauh kerana aktivi fizikal seumpamanya boleh juga mendatangkan kecederaan pada tisu tanpa kita sedari.
  • Lakukan regangan kaki atau tapak kaki sekurangnya 3 kali sehari ; terutama sblm mula memijak pada waktu pagi
  • Pakai gel atau ‘heel lifts/support’ untuk mengurangkan tekakanan/stress pd bahagian tumit dan tapak kaki.
  • Pilih kasut yang sesuai untuk pamakaian harian atau bersenam. Kasut yang terlalu nipis dan lembut akan menyebabkan tekanan pada tumit dan tapak kaki berubah-ubah dan menjadi berlebihan terutama jika berjalan di permukaan tidak rata.
  • Menurunkan berat badan adalah langkah yang baik. Selain mengurangkan tekanan di bahagian tapak kaki, tekanan pada sendi lutut, pinggul juga dapat dikurangkan. Penyakit lain berkaitan dengan obesiti juga dapat dielakkan.
  • Lain-lain : pemakaian ‘night splints’ atau orthotics

Kepada yang menderita masalah yang sama seperti Mrs.Belalang, lepas ni bolehlah anda cuba amalkan apa yang diajar dalam info di atas :)

Semoga membantu..

Incoming search terms:

  • sakit tumit kaki (644)
  • punca sakit tumit (276)
  • sakit tapak kaki (228)
  • sakit tumit (168)
  • tumit kaki sakit (155)
  • tapak kaki sakit (133)
  • punca sakit tumit kaki (108)
  • ubat sakit tumit (96)
  • petua hilangkan sakit tumit kaki (67)
  • punca sakit tapak kaki (65)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins