Info Diet Seimbang | Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Pengambilan diet seimbang adalah kunci utama untuk mendapatkan kesihatan yang baik serta tubuh yang cergas terutamanya apabila usia kita semakin bertambah.

Apa yang kita makan akan memberikan kesan terhadap semua aspek tubuh – mood, tahap tenaga, fungsi otak, tabiat tidur dan kesihatan secara keseluruhan.

Diet seimbang menjamin kesihatan

Diet seimbang menjamin kesihatan

Diet seimbang akan memberikan anda tenaga untuk menjalani hari sebaiknya. Untuk itu, pastikan anda mengambil makanan-makanan ini di dalam hidangan seharian anda:

Sayur dan Buah-buahan
Sayur seperti brokoli dan yang berdaun hijau seperti sawi dan kailan merupakan sumber yang bagus untuk Vitamin A dan C. Ia juga kaya dengan serat pemakanan dan mineral lain seperti kalsium. Selain itu, sayur dan buah- buahan segar yang terdiri daripada pelbagai warna juga kaya dengan antioksidan dan boleh membantu menghalang kerosakan sel serta mengurangkan risiko penyakit degeneratif.

Bijian Penuh
Menikmati satu jenis bijian penuh sahaja tidak mencukupi jika anda inginkan diet yang benar- benar sihat. Untuk mendapatkan lebih kebaikan serat, vitamin dan mineral, campurkan dua atau lebih bijian penuh seperti beras perang, oat dan kernel gandum.

Legum
Legum ataupun kekacang dan makanan yang terhasil daripadanya seperti kacang soya, kacang dal, kacang pis, tempe dan tauhu amat kaya dengan zat besi dan serat. Serat membantu mengatasi masalah sembelit dan juga masalah penghadaman lain. Ia juga rendah lemak dan kaya dengan protein.

Kekacang
Kekacang kaya dengan Vitamin E dan juga membantu anda mendapatkan kulit yang sihat. The Food and Drug Administration (FDA) mengesyorkan mengambil kekacang seperti walnut dan badam, kerana ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu ia juga kaya dengan Asid Lemak Omega-3.

Daging Pejal
Daging pejal merupakan sumber yang bagus untuk protein. Namun begitu, harus diingat bahagian pejal hanyalah pada dagingnya dan lemak tertumpu pada bahagian kulit dan harus dibuang sebelum dimasak. Ikan berminyak seperti makerel dan sardin kaya dengan minyak Omega-3 yang membantu meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko sakit jantung.

– Nestle

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins