Penduduk Kampung Pukul Lelaki Bersenjata M16 Hingga Mati

Seperti yang dilaporkan media, tujuh anggota keselamatan kita telah menjadi korban dalam isu pencerobohan mereka yang mengaku sebagai tentera kesultanan Sulu.

Satu lagi berita melaporkan penduduk Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, telah memukul hingga mati seorang lelaki yang dipercayai salah seorang dari penceroboh.

Penduduk pukul penceroboh bersenjata M16 hingga mati di Semporna

Perkembangan pencerobohan di Lahad Datu. Gambar dari Sinar Harian

Memetik petikan berita dari akhbar Sinar Harian, insiden yang berlaku pada 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.

“Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Incoming search terms:

  • Pencarobo (24)
  • pencarobo di lahad datu (19)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins