Salih Yaacob Sindir Pembangkang Dalam Klip Buku Jingga

Siapa di sini yang belum menonton video sindiran kepada pembangkang oleh pelakon dan penyampai radio Salih Yaacob dan pelawak Nabil yang hangat diperkatakan orang sejak kebelakangan ini?

Video dari Channel Bangkang Dari Longkang itu bertajuk asal Buku Jingga.Kalau anda pandai, buku jingga digunakan oleh parti politik mana? ;)

Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih Yaacob

Salih Yaacob dan Nabil. Antara babak dalam klip filem pendek Buku Jingga

Video yang berdurasi selama 2 minit 56 saat itu memaparkan adengan Salih Yaacob yang bertindak sebagai penceramah parti politk manakala Nabil pula melakonkan watak sebagai pembantu ahli politik tersebut.

Selepas mendapat kritikan yang hebat dari orang ramai terutamanya penyokong parti politik Pakatan Rakyat (PR), Salih Yaacob telah memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.

Dalam perkembangan terbaru, Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Salih Yaacob berhubung penyebaran video tersebut.

Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.

Begitu juga dengan Astro Radio yang berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.

Mereka juga tidak akan memanggil Salih berhubung isu tersebut.

Di bawah ini Belalang kongsikan video Bangkang Dari Longkang yang bertajuk Buku Jingga tersebut. Bangkang Dari Longkang juga ada memuat naik satu lagi video baru bertajuk Pendidikan Percuma. Nak tonton bolehlah cari sendiri di channel Youtube mereka.

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins