Kesan Komplikasi Penyakit | Pelakon Rosnah Mohd Noor Patah Tulang Paha

Akibat kesan komplikasi daripada menanggung pelbagai penyakit dan juga kanser, pelakon Rosnah Mohd Noor dilaporkan patah tulang paha dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Seperti yang ditulis dalam portal Mstar Online, Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu bergerak.

Rosnah Mohd Noor Di HKL, Patah Tulang Paha

Rosnah Mohd Noor. Gambar dari Mstar Online

“Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah tidak boleh berjalan.

“Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan sakit luar biasa sehingga ke pinggul,”

Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.

Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.

“Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,”

Ditanya adakah penyakit patah tulang yang dihidapinya itu akibat kesan rawatan kanser payu dara yang dihidapinya tidak lama dulu sehingga menjadikan tulang itu rapuh kata Rosnah, ia turut menyumbang kepada masalah berkenaan.

Bagaimanapun pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia pada tahun 1986 ini bersyukur kerana penyakit itu tidak begitu serius selain mempunyai anak yang sanggup menjaganya ketika sakit.

Incoming search terms:

  • rosnah mohd noor (66)
  • gambar rosnah mohd noor (37)
  • rosnah mohd nor (29)
  • pelakon rosnah mohd nor (17)
  • gambar anak rosnah mohd noor (13)
  • GAMBAR ROSNAH MOHD NOR (11)
  • pelakon rosnah mohd noor (10)
  • pelakon rosnah mohd noor kanser (2)
  • mak nelydia senrose mirip dgn rosnah mohd noor (1)
  • gambar nelydia senrose dengan rosnah (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins