Bagaimana Mahu Bermula Di eBay?

Sebut tentang eBay, rasanya rata-rata pengguna internet pernah mendengar nama ini. Tetapi Belalang berani jamin berapa kerat sahaja yang pernah guna atau membeli di eBay. Betul tak?

Tapi sebelum Belalang cerita lebih lanjut, mari Belalang kenalkan terlebih dahulu apa itu eBay. Mungkin ada yang baru pertama kali mendengar tentang eBay?

Bagaimana Mahu Bermula Di eBay?

Logo eBay. Carian Google

Jika dirujuk pada perkongsian di Wikipedia, eBay adalah sebuah laman web lelong dalam talian yang membolehkan orang-orang dari seluruh dunia boleh membeli dan menjual pelbagai barangan dan perkhidmatan.

eBay ditubuhkan pada 1995 oleh Pierre Omidyar sebagai “AuctionWeb”, bahagian dari laman web peribadi yang termasuk, tulisan sumbangan Omidyar terhadap virus Ebola. Awalnya laman ini dimiliki oleh Echo Bay Technology Group, sebuah firma perundingan Omidyar.

Omidyar telah cuba mendaftar nama domain “EchoBay.com” tetapi nama itu telah dimiliki orang lain, jadi dia memendekkan namanya menjadi “eBay.com”. eBay berpusat di San Jose, California, Meg Whitman telah menjadi presiden eBay dan Ketua Pegawai Eksekutif-nya sejak Mac 1998.

Berbalik kepada tajuk di atas, bagaimana mahu bermula di eBay? Walaupun nama eBay sering didengari oleh kita, tetapi Belalang tahu, tak ramai orang-orang Malaysia yang berurusan di laman web eBay seperti membeli, apatah lagi menjual di sana.

Mengapa ini berlaku? Walaupun eBay telah bertapak di dunia maya sejak 1995, namun kekurangan info dan tiada rujukan yang betul menyebabkan ramai pengguna atau usahawan internet Malaysia tidak mahu menggunakan eBay.

Rugi sebenarnya jika anda tidak mengambil sedikit bahagian dalam pemasaran di eBay. Memandangkan eBay dilayari hampir kesemua negara di dunia ini, bermakna anda mampu menjual produk anda ke mana sahaja negara di pelusuk dunia ini.

Jangan tak percaya jika produk yang anda iklankan di eBay, tiba-tiba menerima permintaan yang menggalakkan di Amerika atau Australia kerana di eBay, anda mampu melakukan bisnes tanpa sempadan!

Tentu sekarang anda mula sedar dan perasan tentang kuasa jual beli di eBay kan? Berminat mahu cuba?

Sebelum Belalang akhiri entry ini, Belalang mahu kongsikan sesuatu yang sangat berguna kepada mereka yang mahu berjinak-jinak menggunakan eBay.

Bagaimana Mahu Bermula Di eBay?

Pelajari Langkah Mudah Dalam Memulakan Bisnes Di eBay

PERCUMA! 10 Persediaan Awal Permulaan Di eBay

Download ebook percuma ini dengan cara klik pada gambar atau link di atas ke dalam pc anda dan baca ia sebanyak mana yang anda mahu, hinggalah anda merasakan sudah bersedia untuk melangkah sebagai penjual di laman eBay.

Harapnya info ini berguna kepada anda semua.

Terima kasih

Incoming search terms:

  • bagaimana cara beli di ebay (2)
  • cara berurusan dengan ebay (2)
  • cara membeli di laman ebay (2)
  • membeli barang dari ebay (1)
  • ebay untuk newbie (1)
  • ebay guna duit malaysia? (1)
  • cara nak beli barang dari ebay (1)
  • cara menjual di ebay (1)
  • cara membeli barang di ebay (1)
  • cara jual barang malaysia di ebay (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins