Terselamat! Irwansyah & Isteri Mungkin Bebas Dadah

Kelmarin Belalang ada kongsikan satu berita tentang pelakon dan penyanyi Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar ditangkap berpesta dadah bersama beberapa individu lagi di kediaman pengacara Raffi.

Walau bagaimanapun, ujian urin yang dijalankan oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menunjukkan yang pasangan suami isteri ini bebas dari pengaruh dadah.

Irwansyah & Isteri Mungkin Bebas Dadah

Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar

Seperti yang dilaporkan oleh portal Inilah.com, ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty, berita gembira ini disampaikan BNN kepadanya sendiri.

“Alhamdulillahlah… pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah,”

“kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa.”

Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.

Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.

Incoming search terms:

  • irwansyah meninggal (3)
  • irwan syah meninggal dunia (2)
  • irwansyah meninggal dunia (2)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins