Simptom Pesakit Kelenjar Tiroid & Cara Merawatnya

Penyakit tiroid bagi yang tidak mengetahui kesannya mungkin akan menganggap penyakit ini sebagai penyakit remeh. Namun hakikat sebenar, penyakit tiroid ini merbahaya hingga boleh membawa maut pada si pengidap jika tidak dirawat dengan segera.

Jika mengikut dari bacaan Belalang dari beberapa sumber seperti wikipedia dan akhbar Utusan, wanita lebih mudah untuk diserang penyakit tiroid berbanding lelaki. Empat nisbah satu penyakit tiroid menyerang wanita berusia 20 tahun ke atas kerana sebab dan alasan yang tidak diketahui hingga kini. Penyakit ini boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.

sakit tiroid

Gambar carian Google

Punca penyakit Tiroid – Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Faham ke? ok-ok Belalang akan cuba ringkaskannya sebaik mungkin supaya kita dapat mengetahui tanda-tanda tiroid dan cara merawatnya.

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama:

  • Hipertiroidisme / Tirotoksikosis
  • Hipotiroidisme

Hipertiroidisme / Tirotoksikosis

Hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan
Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri
Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Cirit birit
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah

 

Hipotiroidisme

Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghadapi hipotiroidisme-

  • bengkak kaki
  • ingatan terganggu
  • lembap
  • malas
  • kuat tidur
  • badan sering terasa sejuk dan boleh mengakibatkan masalah jantung

Bagaimana cara untuk merawat penyakit kelenjar Tiroid?

Pesakit yang mengalami penyakit HIPOTIROIDISME mudah dirawat, tetapi terpaksa mengambil hormon tiroksin seumur hidup. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala bergantung kepada aras hormon tiroid.

Bagi yang mengalami sakit HIPERTIROIDISME pula, iodin beradioaktif diberikan untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan.

Walaupun dengarnya seperti menakutkan, tetapi penyakit ini tidak merbahaya sekiranya pesakit menerima rawatan dari peringkat awal.

Jadi sekiranya anda rasa diri anda ada tanda-tanda atau simptom-simptom yang Belalang tuliskan di atas, jangan tunggu-tunggu lagi untuk berjumpa doktor.

Dan sekiranya doktor mengesahkan ia masih peringkat awal, apa kata anda cuba amalkan pengambilan kolagen rumpai laut (klik sini) kerana Iodine yang terdapat di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goitre (kelenjar Thyroid membengkak). Lagi pun harga rumpai laut jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan makanan kesihatan lain yang mempunyai khasiat setandingnya

Join group ini jika mahu medapat lebih info mengenai sakit ini ==> TAIROD DAN ANDA

Semoga perkongsian Belalang ini memberi manfaat kepada anda :)

Terima kasih

Incoming search terms:

  • tairod (564)
  • ubat tiroid (203)
  • punca tiroid (200)
  • rawatan tiroid (125)
  • penyakit tairod (103)
  • ubat tiroid leher (96)
  • punca thyroid (92)
  • penawar tiroid (91)
  • ubat thyroid (86)
  • punca penyakit tiroid (81)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins