Punca Sakit Gout Dan Cara Ubati Gout

Siapa di sini ada diantara ahli keluarganya mengidap sakit gout? Dalam keluarga Belalang, Abah dan abang antara mereka yang menderita sakit gout.

Belalang masih ingat dengan jelas ada satu masa tu, Abah sakit gout yang teramat sangat hinggakan nak bergerak dalam rumah kena merangkak sebab kaki tak mampu nak menahan sakit ketika pijak lantai.

sakit gout

Carian Internet

Dari sumber bacaan Belalang, lelaki yang berusia lebih dari 40-an antara mereka yang berisiko untuk mengidap sakit gout. Namun begitu ada juga sesetangah kes sakit ini yang melibatkan mereka yang berusia 30-an

Apakah sebenarnya penyakit gout ini?

Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari

2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram

3. Gemar makan buah-buahan jeruk

4. Gemar makan mee segera

5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa

6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.

7. Gemar dan kerap minum teh kedai

8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya

9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.

10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu

11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin

12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.

13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya

14. Terlalu kerap makan kari

15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.

16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma

17. Kerap mengambil ubat pain killer

18. Gemar memakan fastfood seperti burger

19. Mengambil supplement

Banyak juga rupanya perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu diserang penyakit gout ya. Sekiranya anda penggemar makanan-makanan di atas itu, Belalang sarankan supaya anda mengurangkan pengambilannya atau anda boleh tukar kepada menu lain yang lebih sihat contohnya air Milo digantikan dengan air Horlick.

Bagi mereka yang ada penyakit ini, cuba amalkan pemakanan begini-

2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.

3. Makan peria dan peria katak

4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan

5. Susu tepung

6. Minyak zaitun satu sudu besar setiap hari

7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus dan pegaga

8. Buah Delima

9. Epal hijau 2 biji seminggu

12. Garam kasar menggantikan garam halus

13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.

14. Makan lebih banyak sayur-sayuran

15. Makan kapsul HABBATUSSAUDA

16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari atau minyak zaitun.

Itu antara petua atau amalan yang digunakan oleh mereka yang mengidap sakit ini. Atau anda boleh juga amalkan pengambilan kolagen asli seperti rumpai laut yang sangat mendapat permintaan ketika ini.

Selain gout, kolagen asli (lebih dikenali sebagai Ibu Collagen Gred AAA) mempunyai banyak lagi khasiatnya untuk tubuh badan kita. Klik sini ==> KESAN PENGAMBILAN KOLAGEN ASLI <== untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang khasiatnya.

Setakat ini dahulu perkongsian daripada Belalang. Harap ia membantu anda yang mencari info berkaitan penyakit gout.

sumber rujukan: emjayjb.multiply.com

Incoming search terms:

  • penyakit gout dan penawarnya (321)
  • pantang larang penyakit gout (135)
  • pantang larang gout (89)
  • pantang larang makanan penyakit gout (69)
  • pantang gout (67)
  • penyakit gout pantang (64)
  • pantang larang makan rumpai laut (51)
  • pantang larang sakit gout (51)
  • petua gout (41)
  • sakit gout pantang (34)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins