Pelajar Perempuan UTM Skudai Lemas Di Kolam Renang

Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Malaysia ditemui mati lemas di dalam kolam renang di pusat sukan universiti itu di Skudai di sini petang semalam.

Siti Izzati Hasim, 19, pelajar tahun satu kejuruteraan biosains disedari lemas kira-kira 6.45 petang.

Pelajar wanita UTM lemas berenang di pusat sukan

Gambar Hiasan

Mangsa yang berasal dari Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur sebelum itu dilapor pergi untuk berenang di pusat sukan itu bersama lima rakannya yang lain.

“Rakan-rakannya hanya menyedari kehilangan mangsa apabila mereka keluar dari kolam dan setelah mencari, mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di dasar kolam,” kata Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara, Supt Beh Eng Lai.

Beliau berkata pengawal keselamatan kemudiannya membawa mayat mangsa keluar dari kolam kira-kira 7.20 malam dan dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Sementara itu Timbalan Pengarah Sukan UTM, Armadi Ahmad yang dihubungi berkata mangsa merupakan anggota Palapes Laut UTM telah biasa menggunakan kolam renang itu.

“Ketika kejadian, kumpulan ini tidak diawasi jurulatih mereka atau penjaga kolam renang. Difahamkan sebelum mangsa ditemui lemas, penjaga kolam telah memanggil mereka untuk naik selepas tamat masa menggunakan kolam iaitu kira-kira 6.45 petang dan ketika itulah kehilangan mangsa disedari,” katanya.

Menurutnya, pihaknya merasa kesal dengan kemalangan itu dan akan mengambil langkah segera untuk mengelak kejadian yang sama daripada berulang.

– Bernama

Incoming search terms:

  • kolam renang skudai (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins