Rebat RM200 Telefon Pintar 3G | Siapa Cepat Dia Dapat

Rebat RM200 Telefon Pintar Daftar Selasa Depan | Ada yang ternanti-nanti untuk mendapatkan rebat pembelian smartphone (telefon pintar) sebanyak RM200 seperti yang diumumkan kerajaan dalam bajet yang lepas?

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dah umumkan yang mulai selasa depan (2 Jan 2013) belia yang berusia 21 hingga 30 boleh mula membuat pebdaftaran di http://nbi.skmm.gov.my/ (klik tulisan Biru).

Rebat telefon: 1.5 juta layak | guna konsep 'siapa cepat dia dapat'

Gambar Hiasan

Menurutnya lagi skim ini berasaskan ‘siapa cepat dia dapat’ dan ia khas untuk 1.5 juta belia di negara ini. Prorgam ini akan terus berjalan selagi stok smartphone masih ada.

Sedikit petikan berita tentang hal ini yang Belalang ambil dari Sinar Harian-

Mohamed Sharil berkata, belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

“Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.

“Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

“Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

“Oleh itu, belia seharusnya mencari logo ‘Pakej Komunikasi Belia’ yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh SKMM, lebih 90 peratus pengguna berada dalam segmen prabayar tetapi syarikat telekomunikasi hanya menyediakan insentif telefon bimbit bagi kontrak pascabayar.

Jadi kepada mereka yang layak memohon (termasuk Belalang) tunggu apa lagi? Selasa ni mari kta sama-sama berebut jadi orang terawal yang daftar :)

Incoming search terms:

  • baucer telefon bimbit (106)
  • daftar rebat telefon pintar (17)
  • daftar rebat telefon bimbit (15)
  • daftar baucer telefon bimbit (14)
  • rebat telefon bimbit 3g (12)
  • pendaftaran baucer untuk telefon pintar (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins