Buat Laporan Polis Secara Online

Bermula tahun depan, orang ramai boleh membuat laporan polis secara atas talian melalui portal laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu ke balai polis, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, portal laporan atas talian itu kini dalam peringkat akhir penyediaan, diperkenalkan oleh PDRM bagi memudahkan orang ramai membuat sebarang laporan kepada pihak berkuasa itu pada bila-bila masa sahaja.

PDRM: Laporan polis secara online mulai 2013

“Ini merupakan satu lagi usaha PDRM untuk memudahkan orang ramai serta menjamin keselamatan mereka. Mereka boleh buat laporan di mana sahaja mereka berada hanya dengan menggunakan Internet,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Kesedaran Jenayah Peringkat Sabak Bernam di sini hari ini.

Khalid berkata, portal itu sedang dibangunkan oleh Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan dijangka boleh digunakan bermula tahun depan.

Beliau berkata, beberapa perkara juga sedang diteliti termasuk menilai dari aspek perundangan dan keberkesanannya termasuk cara memastikan kesahihah laporan yang diterima.

“Kita yakin portal laporan polis atas talian ini akan memudahkan orang ramai kerana kini majoriti masyarakat menggunakan gajet dan telefon pintar yang mempunyai capaian Internet selain ia menjimatkan masa,” katanya.

Terdahulu, Khalid turut meluangkan masa beramah mesra dengan lebih 1,000 penduduk tempatan di perkarangan premis perniagaan Pekan Sungai Besar di sini pada program kesedaran jenayah itu yang turut diserta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Bahagian Narkotik dan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, polis turut menyebarkan maklumat mengenai kesedaran jenayah komersial membabitkan penggunaan Internet yang sering berlaku pada masa kini seperti penipuan pelaburan wang haram dan pertaruhan atas talian.

Katanya, orang ramai didedahkan mengenai kegiatan dan taktik yang sering dilakukan oleh sindiket terbabit untuk memperdaya mangsa termasuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kiriman e-mel.

“Kita harap orang ramai tidak mudah diperdaya apabila menerima pelawaan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi pelaburan Internet dan sebagainya yang akhirnya akan menyebabkan mereka ditipu,” katanya.

Mengulas mengenai kejadian banjir yang sedang melanda beberapa negeri di pantai timur, Khalid berkata, kesemua anggota polis di negeri terbabit iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan telah diarahkan bertugas membantu mangsa bencana terbabit.

Beliau berkata, antara tugas yang dilakukan oleh pihak polis termasuk mengawal rumah-rumah dan premis yang terpaksa ditinggalkan oleh mangsa banjir.

“Kita berharap supaya orang ramai mengikut arahan yang dikeluarkan dan ibu bapa memastikan anak-anak mereka berada di kawasan yang selamat. Jangan anggap banjir seperti pesta air kerana ia mengundang bahaya,” katanya.

– Bernama

Incoming search terms:

  • proses report polis untuk penipuan pelaburan (2)
  • cara membuat laporan polis (2)
  • macam mana nak buat report polis (2)
  • buat laporan polis online (1)
  • macam mana nak report penipuan online (1)
  • macam mana nak buat laporan polis (1)
  • macam mana nak buat lapora polis mengenai penipuan talian (1)
  • cara nak wat report plis (1)
  • cara nak buat report secara online (1)
  • cara nak buat report polis (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins