Penyanyi Fauziah Latif Kahwin Dengan VIP?

Penyanyi Fauziah Latiff menepis khabar angin yang bertiup kencang ketika ini kononnya dia telah berumah tangga dalam diam dengan seorang lelaki berstatus VIP.

Fauziah atau lebih mesra dengan panggilan Jee, 42, berkata, berita itu merupakan gosip semata-mata dan dia sendiri mengakui ada mendengar perkhabaran tersebut.

fauziah latiff

“Tak betul berita itu. Saya juga ada dengar orang bercerita kononnya saya sudah kahwin. Demi Allah saya tak kahwin lain,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Jee, dia agak terkejut apabila berita berkenaan turut disampaikan oleh sepupunya yang mahukan penjelasan adakah benar dia mengambil langkah berkahwin senyap-senyap.

Bagaimanapun ujar Jee, dia hanya ketawa selepas diberitahu mengenai khabar itu kerana sememangnya ia tidak terjadi.

“Pada dasarnya saya memang pernah terfikir untuk berkahwin lain tetapi buat masa ini saya masih belum bersedia. Saya selesa dengan kehidupan saya untuk membesarkan dua orang anak saya,” katanya.

Jelas ibu kepada Jeffri Joaquim Indot, 14, dan Jeremy Jay Indot, 12, ini, walaupun mungkin ada yang akan menganggap hidupnya sunyi tanpa suami tetapi dia gembira kerana mempunyai kawan-kawan yang dapat mengubat kesepiannya itu.

Selain sibuk menguruskan studio latihan bersama rakannya, Jee juga lebih selesa memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anaknya.

Kata Jee, jika bekas suami iaitu Johan Indot banyak memberi penekanan kepada aspek pendidikan kepada dua anaknya itu, dia pula berperanan mengajar mereka mempunyai sifat hormat di antara satu sama lain.

“Anak-anak kita sekarang membesar dalam dunia yang berbeza. Kita tidak boleh nak stres pemikiran mereka dengan banyak benda. Kita perlu memberi pendidikan yang seimbang iaitu dalam konteks dunia moden selain turut menekankan sikap hormat-menghormati,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk aktif dalam dunia lakonan selepas terlibat dengan tiga buah dram sebelum ini iatu Kudrat Iman, Gelora Di Hati Sarah dan terbaru Ke Pintu Bahagia, Jee tidak akan menjadikannya sebagai bidang yang serius.

Walaupun mendapat beberapa tawaran berlakon, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menilai terlebih dahulu skrip yang diberikan supaya ia mempunyai mesej yang baik dan berkaitan berkekeluargaan.

– Mstar

Incoming search terms:

  • khaswadi lahuri (22)
  • bekas suami fauziah latiff (18)
  • johan indot (14)
  • gambar bekas suami fauziah latiff (13)
  • fauziah latiff terkini 2012 (11)
  • siapakah suami dan keluarga fauziah latif (1)
  • siapa johan indut (1)
  • instagram fauziah latif (1)
  • gambar pernikahan fauziah latif dan johan indot (1)
  • gambar fauziah latif (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins