Jurumekap Artis Ditemui Mati Dengan Kaki Tangan Terikat

Seorang jurumekap artis dan pereka fesyen, ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki diikat dengan tali di dalam bilik di sebuah rumah, Kampung Kasipillay, Jalan Ipoh, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Othman Hassan atau lebih dikenali sebagai Dicky, 52, ditemui oleh abangnya sebelum menghubungi polis.

Jurumekap artis ditemui mati

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, abang mangsa pergi ke rumah adiknya selepas risau panggilan telefonnya tidak dijawab.

“Mangsa yang berpakaian lengkap berseluar pendek dan berkemeja itu ditemui mati di atas katil di dalam bilik utama di rumah itu,” katanya.

“Siasatan awal mendapati terdapat kesan jerut di leher dan kesan darah di kaki mangsa. Kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya.

Menurutnya, mangsa tinggal berseorangan di rumah itu dan polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai kenalan mangsa kerana tiada kesan pintu rumah itu dipecah masuk..

Menurutnya, siasatan awal mendapati, beberapa barangan peribadi milik mangsa seperti komputer riba dan telefon bimbit telah hilang.

Sementara itu, rakan mangsa, Razman Razmi, 40, berkata, mangsa mendiami rumah itu sejak 10 tahun yang lalu dan rumah berkenaan juga dijadikan sebagai pejabatnya.

“Saya mengenali mangsa sejak 15 tahun lalu, mangsa mempunyai banyak kenalan, dia terkenal dalam industri hiburan sebagai jurumekap artis,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins