Pelajar IPTA Hadapai Tekanan Terjun Tingkat Tujuh Bangunan

Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, yang dipercayai mengalami tekanan perasaan mengejutkan rakan-rakannya apabila terjun daripada tingkat tujuh asrama penginapannya dalam keadaan berbogel, semalam.

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan tindakan penuntut lelaki itu disedari seorang kakitangan asrama yang sebelum itu melihatnya dalam keadaan mencurigakan.

terjun asrama

Gambar Hiasan

Jurucakap polis berkata, penuntut berusia 21 tahun yang juga pelajar tahun satu itu terjun melalui tingkap bilik asrama sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian bawah bangunan berkenaan.

“Mangsa mengalami tekanan perasaan dan tindakannya itu dilakukan dalam keadaan luar sedar. Dia yang parah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pengurusan IPTA berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa kini dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal di wad Zon Merah HPP.

Jurucakap itu berkata, siasatan awal mendapati penuntut terbabit mula belajar di IPTA itu pada tahun lalu dan rekod kesihatannya menunjukkan dia pernah dilaporkan sakit sebelum diberikan cuti rehat.

“Dia dilaporkan baru melaporkan diri untuk meneruskan semula pengajian pada minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan masih dijalankan.

Incoming search terms:

  • kes bunuh diri akibat stress (5)
  • kes bunuh diri kerana stress (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins