Hati-hati Dengan Loket Yang Mempunyai Radioaktif Tinggi

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.

Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.

Haramkan loket bertenaga skalar

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.

Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.

Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.

Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.

Incoming search terms:

  • pengharaman scalar energy (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins