Kes Pemain Kelantan Bergaduh | KAFA Serah Polis Siasat Obinna Nwaneri

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan berkenan dengan insiden pergaduhan melibatkan pemain importnya, Obinna Nwaneri di Shah Alam, Sabtu lalu.

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kafa serah polis siasat Nwaneri

“Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya,” kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online, semalam.

Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.

Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.

Pemain itu menyumbangkan gol penyamaan kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.

Incoming search terms:

  • gambar obina (22)
FB=ATM ~ Rahsia Facebook Sebagai Lubuk Duit Kini Terbongkar!!!
'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan!
Master Dropship Dalam 30 Hari
Jana RM800-RM1,000 Secara Part Time Dari Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins