Dua Bouncer Kelab Malam Mati Ditembak

Akibat berang tidak dapat masuk ke sebuah kelab malam, seorang lelaki melepaskan tembakan menyebabkan dua mati dan dua orang awam cedera di Jalan Doraisamy, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, sekumpulan lima hingga enam lelaki bertengkar dengan dua pengawal kelab malam tersebut atau bouncer yang enggan membenarkan mereka masuk.

2 'bouncer' mati ditembak di hadapan kelab hiburan

Difahamkan, suspek berang selepas dua rakannya cedera dalam pergaduhan itu dan mengeluarkan sepucuk pistol semi auto jenis revolver sebelum melepaskan tembakan ke arah dua bouncer itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisoner Zainuddin Ahmad, dua pengawal kelab berkenaan yang berusia 21 dan 22 tahun meninggal dunia selepas terkena tembakan di kepala dan rusuk kiri.

Menurutnya, dua orang awam cedera tangan dan jari dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Siasatan awal mendapati suspek bersama rakannya bertegas masuk ke kelab itu walaupun waktu operasinya tamat.

“Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki sebuah kereta,” katanya.

Zainudin berkata, mayat mangsa dibawa ke HKL untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan rakannya bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis sedang buru anggota kumpulan terbabit yang melarikan diri selepas insiden itu termasuk suspek yang disyaki melepaskan tembakan untuk membantu siasatan.

“Motif sebenar pergaduhan dan berapa das tembakan yang dilepaskan masih dalam siasatan,” katanya.

Incoming search terms:

  • kelab jalan doraisamy (1)
  • kes tembak di jalan doraisamy (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins