The Red Warriors Ranking Ke-156 Kelab-kelab dunia

MENURUT statistik terbaru yang dikeluarkan oleh International Federation of Football History and Statistics (IFFHS), Kelantan FA kini menduduki ranking ke-156 kelab-kelab dunia.

Juara Piala FA 2012 itu berjaya melonjak 17 anak tangga berbanding pada kedudukan lama, ke-173.

The Red Warriors ke-156 terbaik dunia

Malah, pencapaian skuad kendalian Bojan Hodak itu mungkin berubah lagi selepas merangkul gelaran Piala Liga Super musim ini.

Paling membanggakan, pasukan The Red Warriors mengatasi kelab elit dunia seperti Newcastle United (164), Galatasaray (168) dan Los Angeles Galaxy (210) yang turut disertai David Beckham.

Jika ranking jadi ukuran, TRW dijangka tidak menghadapi masalah membenam kelab Iraq, Arbil Sport Club yang kini berkedudukan 218 dunia pada saingan suku akhir Piala AFC pada 18 dan 25 September depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins
Close