Suntikan Untuk Kurangkan Nafsu Seks Pada Pesalah Laku Seks

Korea Selatan akan mengenakan suntikan kimia pertama terhadap pesalah laku seks kanak-kanak yang dikenakan hukuman itu, menurut pegawai kerajaan, semalam.

Jurucakap Kementerian Keadilan, Kim Hyung-Yul berkata, penjenayah yang dikenali sebagai Park, 45, akan dibebaskan dari penjara pada Julai depan selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan cuba untuk merogol kanak-kanak berumur 10 tahun.

“Bagi mengelakkan Park melakukan jenayah sama, dia akan diberikan suntikan untuk mengurangkan nafsu seks sebanyak 12 kali selama tiga tahun,” menurutnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins
Close