Meenakshi Thapa | Pelakon Baru Bollywood Dibunuh Kejam

Mayat model dan pelakon pendatang baru Bollywood kelahiran Nepal, Meenakshi Thapa, 26, ditemui di dalam tangki sebuah rumah di Allahabad, Uttar Pradesh, dengan kepalanya dipenggal, lapor polis bandaraya ini.

Isnin lalu, polis menahan sepasang kekasih dan suspek utama, dikenali sebagai Preeti dan Amit yang akhirnya membawa kepada penemuan mayat aktres malang itu.

Pesuruhjaya Polis Shailesh Kumar berkata siasatan yang dijalankan mendapati pasangan itu mengumpan Meenakshi untuk mendapatkan watak di dalam sebuah filem dan pergi bersama ke Allahabad.

“Mereka menyangka bahawa Meena datang daripada keluarga kaya dan tidak akan teragak-agak membayar wang tebusan jika dia diculik,” katanya.

Bagaimanapun kedua-dua mereka akhirnya bertindak membunuh Meenaksi dan memenggal kepalanya untuk mengelirukan pihak polis,” katanya.

Meenakshi berasal dari Nepal dan menamatkan pelajaran peringkat tinggi di Dehradun. Dia popular sebagai model ketika berada di kolej dan pergi ke Mumbai dengan impian menjadi pelakon terkenal, namun hanya memperoleh tawaran watak kecil.

– Agensi

Incoming search terms:

  • pelakon bolywood terkenal (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins