Jurusolek Pengantin Maut Kereta Terbabas Rempuh Pokok

Sikap pelik seorang jurusolek pengantin yang menyebut soal kematian menjadi kenyataan apabila dia menemui ajalnya selepas kereta yang dinaiki bersama kawannya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Padang Melintang, Beris Kubur Besar, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohd Shukri Yusof, 29, meninggal dunia di tempat kejadian apabila cedera parah di dada dan kepala selepas kereta Viva yang dipandu rakannya dari Beris Kubur Besar ke Binjai, Kota Bharu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pokok terbabit kira-kira jam 3 pagi semalam.

Abang mangsa, Mohd Nawi, 53, ketika ditemui di bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) berkata, sehari sebelum kejadian dia bergurau dengan anak angkatnya, Nurul Kamila Mohd Fauzi, 10, mengenai soal kematian.

“Dia menunjukkan kerisauannya dan bertanyakan anaknya, Nurul Kamila mahu tinggal dengan siapa sekiranya dia mati. Seolah-olah dia sudah dapat merasakan ajalnya hampir tiba. Kami tidak menyangka hari ini gurauannya itu menjadi nyata, dia meninggalkan kami dengan cepat dan seminggu sebelum kejadian dia juga pulang ke kampung menziarahi ibunya di Jerteh,” katanya.

Mohd Nawi berkata, dia bersama anak angkatnya tinggal di Pengkalan Chepa dan aktif berniaga sejak 10 tahun lalu.

Menurut Mohd Nawi, dia mengetahui kejadian tersebut setelah kakak mangsa menghubunginya.

“Secara kebetulan jarak kemalangan dengan rumah kakak mangsa dekat dan selepas mengetahui adik ditimpa musibah dia terus menghubungi saya. Saya mendapat tahu adik saya terlibat kemalangan ketika dia bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai memasang pelamin di Bachok,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani ketika mengesahkan kejadian tersebut berkata, rakannya mangsa patah kaki dan tulang rusuk serta pendarahan di kepala dibawa ke HUSM untuk menerima rawatan lanjut.

Incoming search terms:

  • kemalangan kereta viva (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins