Gambar Kebakaran Besar Di Semenyih

Sebuah stor penyimpanan hampir 2,000 tong gas musnah terbakar dalam satu kebakaran besar di pekan Semenyih, di sini, hari ini.

Kebakaran yang difahamkan bermula pada pukul 8.30 malam itu dipercayai akibat kebocoran salur gas ketika proses pemindahan gas dan stor itu digunakan untuk memuatkan tong-tong gas bagi kegunaan domestik dan industri.

Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah lori treler gas yang dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pemindahan gas.

Seorang saksi, Fazrul Hamid, 25, ketika ditemui pemberita memberitahu, api kebakaran itu begitu marak hingga mencetuskan suasana cemas di kalangan penduduk sekitar.

Katanya, kebakaran stor itu begitu hampir dengan kilang-kilang lain serta berlaku lebih 500 meter dari sebuah stesen minyak yang terletak di seberang jalan.

“Saya ketika itu berada di rumah iaitu tidak jauh dari stor berkenaan dan melihat api begitu marak hingga banyak tong-tong menjulang ke udara iaitu kira-kira 20 meter tinggi,” katanya.

Seorang lagi saksi, Yusof Abdullah, 61, pula berkata, dia melihat hampir 10 pekerja asing yang tinggal di stor itu lari menyelamatkan diri.

“Mulanya, saya melihat tayar treler gas yang berada di depan stor itu terbakar seterusnya ia berjangkit ke stor dan kenderaan-kenderaan lain,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, stor penyimpanan tong gas itu telah beroperasi lebih kurang sebulan lebih dan polis sedang menyiasat sama ada ia dijalankan secara sah atau tidak.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat kira-kira 40 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa yang terjadi.

“Polis kini sedang mengesan pemilik stor berkenaan yang dipercayai melarikan diri sejurus kebakaran itu berlaku,” katanya

Incoming search terms:

  • blogger Semenyih (1)
  • gambar pekan semenyih (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins