Setelah tujuh minggu bersaing bersama rakan-rakan lain dalam Gelanggang Raja Lawak 6 (RL6), akhirnya tibalah masa untuk kumpulan Albob mengundurkan diri dari persaingan musim ini sebentar tadi.

Penyingkiran Albob diumumkan salah seorang juri tetap, penerbit David Teoh setelah Albob mendapat undian terendah berbanding lima peserta lain tinggal. Selain Albob, kumpulan Selak dan dan Cuit juga adalah antara peserta yang mendapat undian terendah minggu ini.

Minggu ketujuh sememangnya memberi cabaran hebat kepada para peserta Raja Lawak Musim ke 6 (RL6) apabila hampir kesemua peserta gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Hanya kumpulan Shiro mampu menceriakan para hadirin yang menonton di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil pada minggu ini.

Kedengaran mudah, namun tema bebas yang diberikan kepada peserta pada minggu ini gagal menghasilkan jalan cerita dan lawak yang berkualiti sehingga mengecewakan para juri. Sheila Rusly secara terang-terangan telah melabelkan majoriti dari persembahan peserta minggu ini sebagai busuk.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Raja Lawak 6 yang telah bersiaran secara langsung di Astro Warna (saluran 132) telah dihoskan oleh Jozan dan selain David Teoh serta Sheila Rusly, seorang lagi juri tetap ialah pelawak Sathiya.

Albob yang tersingkir ialah anak didik kepada Cif Kecil Yus Jambu dan dengan penyingkiran mereka, tinggal 5 sahaja peserta untuk meneruskan cabaran di minggu hadapan.

Related posts:

  1. Raja Lawak 6 Minggu 6 | Skema & Riki Tersingkir
  2. Raja Lawak 6 | King & Ketupat Tersingkir Di Minggu 3
  3. Raja Lawak 6 Minggu 5 | Gman Tersingkir
  4. Raja Lawak 6 | Kodan Tersingkir Di Minggu Empat
  5. Video Raja Lawak 6 Minggu 3
  6. Raja Lawak 6 Minggu 2
  7. Video Raja Lawak 6 Minggu 6
  8. Video Maharaja Lawak Minggu Ke-11 | Siapa Tersingkir?
  9. Maharaja Lawak Minggu Ke-3: WAI, NX3 Dan R2 Tersingkir
  10. Video Maharaja Lawak Minggu Ke-12 | Siapa Tersingkir?

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins