Seorang bapa dan anak saudaranya terpaksa membatalkan hasrat menjala ikan di Sungai Muda berdekatan Kampung Pengkalan Bongor di sini, setelah terkejut menemui bungkusan tikar mengkuang kerana menyangka ia berisi mayat manusia.

Tersentak dengan penemuan pada jam 12.05 tengah hari itu, Yusri Salleh, 37 dan anak saudaranya, Azman Abd Halim, 22, bergegas memaklumkan kepada penduduk kampung dan selepas dibuka mereka mendapati tujuh naskah al-Quran bersama beberapa muqaddam basah terendam.

Azman berkata, dia yang tinggal di rumah datuknya, Salleh Din, 74, bersama bapa saudaranya Yusri memang sudah biasa menjala ikan di sungai terbabit setiap kali mempunyai masa lapang terutamanya pada lewat malam.

“Sungai ini memang menjadi tumpuan penjala dan kaki pancing kerana mempunyai banyak ikan terutama talapia dan udang galah.

“Tak sangka awal pagi semalam hasrat kami terbantut kerana menemui bungkusan itu yang hanyut menghampiri perahu hingga membuatkan kami takut kerana menyangka berisi mayat manusia,” katanya.

Sementara itu, Salleh berkata, selepas membuka bungkusan bersama Ketua Perhubungan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) Mukim Kampung Pengkalan Bongor/Guar Kepah, Ridzuan Othman, mereka mendapati tujuh naskah al-Quran dan beberapa naskah muqaddam masih elok tetapi basah.

“Kami percaya naskah al-Quran ini sengaja nak dilupus dengan cara menghanyutkannya ke laut kerana tikar mengkuang itu dibalut rapi dan kitab suci itu hanya basah dan tidak lagi koyak.

“Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) kemudiannya dan dalam masa sama kami menjemur semua kitab suci itu untuk mengeringkannya,” katanya.

Menurutnya, dia kesal dengan penemuan itu kerana Islam mempunyai garis panduan cara melupuskan kitab suci berkenaan.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Penolong Pengarah Hal Ehwal Islam Jaipp, Azmah Abdullah yang dihubungi berkata, tindakan sedemikian amat dilarang dalam Islam kerana al-Quran boleh dilupuskan jika sudah koyak atau rosak.

“Orang ramai boleh membakar dalam bekas bertutup bagi mengelak debunya berterbangan sebelum menanam atau membuangnya ke dalam sungai yang berarus deras.

“Jika bilangannya banyak, kitab suci itu boleh diserahkan terus kepada Kementerian Dalam Negeri melalui Bahagian Pelupusan al-Quran untuk dilupuskan dan bukan dibuang sesuka hati sepertimana penemuan di Kampung Pengkalan Bongor itu awal pagi semalam,” katanya.

Related posts:

  1. Terkejut Temui al-Quran Di Tempat Pembuangan Sampah
  2. Kertas Nombor Ekor Tertera Ayat Al-Quran
  3. Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara | Nik Aziz Sokongan
  4. Pelajar Tahfiz Tak Hafal Al-Quran?
  5. Spesis Ikan Unik Ditemui Penoreh
  6. Penduduk Kampung Gempar | Timbunan Al-Quran Di Bangsal Lembu
  7. Mayat Bayi Dalam Botol Dijumpai
  8. Al-Quran: Membongkar Asal Besi?
  9. Selepas Bertengkar, Isteri Temui Mayat Suami Tergantung
  10. Mayat Bayi Perempuan Dalam Perigi

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins