Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melancarkan kempen Awas! Jerat Valentine bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan umat Islam sempena Hari Kekasih 14 Februari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, kempen anti Hari Kekasih itu bertujuan menjelaskan kepada orang ramai khususnya golongan muda mengenai konsep cinta sebenar menurut syariat yang berlandaskan Islam.

“Program sebegini amat bertepatan bagi membentuk generasi muda yang cintakan Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa dan seterusnya kepada negara.

“Inilah cinta yang perlu dipupuk dan dipertahankan dan bukan cinta yang mendorong ke arah kemaksiatan,” katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di sini malam ini.

Program tersebut adalah kerjasama Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) serta rakan strategik, rumah perlindungan Raudhah Sakinah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Razali Shahbuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Raudhah Sakinah, Rosmawati Zainal.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Pada majlis pelancaran yang berlangsung di Pusat Islam tersebut, ia turut dimuatkan dengan program Bicara Cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, Imam Muda Astro serta persembahan beberapa artis lain.

Di samping itu, sepanjang kempen yang berlangsung hingga 14 Februari ini, pihak Jakim akan menyebarkan risalah di institut-institut pengajian tinggi (IPT) tentang bahaya Hari Kekasih.

“Ritual sambutan tersebut jelas membuatkan manusia leka dan diakhiri dengan perbuatan maksiat yang jelas bertentangan dengan prinsip syarak,” ujar,

Related posts:

  1. Kelantan Kembali Rampas Tahta Teratas Liga Super 2012
  2. Pengesahan Dari JAKIM | Pure Creamery Butter-Golden CHURN tidak halal
  3. Minuman Barbican | Akhirnya JAKIM Bersuara
  4. Dr.Mashitah | Hentikan Segera Kempen Seks Cara Rasulullah
  5. Julia Perez Berbogel | Kempen Lindungi Haiwan
  6. Briged Sukarelawan Khidmat Negara Dilancarkan
  7. Kempen ‘Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13′
  8. JAKIM Sahkan Sos HP Souce & Tabasco Haram?
  9. E-mail Tidak Betul Mengenai Status Halal Produk
  10. Jangan Beli Sosej Atau Kepingan Ayam Tanpa Jenama

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins