Taktik sebuah restoran menjalankan kegiatan pelacuran di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Jenjarom di sini, sebagai ‘pelaris’ untuk menarik pelanggannya terbongkar dengan penahanan 13 wanita warga China dalam serbuan malam tadi.

Serbuan pukul 8.30 malam itu dilakukan sepasukan 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, hasil maklumat dan risikan.

Turut ditahan seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai juruwang selain 15 pelanggan premis terbabit.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Supritendan Izwan Abd Karim berkata, kesemua wanita warga asing berusia 20-an itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO).

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

“Premis itu terletak jauh daripada kesibukan bandar dan agak terpencil bagi mengelak kegiatan haram mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas serbuan itu diadakan di sini.

Izwan berkata, kesemua wanita warga asing yang ditahan tersebut dibawa ke Balai Polis Sungai Jarom bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan-Peraturan Imigresen 59/63.

“Jika sabit kesalahan, mereja boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan dan denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Related posts:

  1. Mayat Wanita Dalam Beg Pakaian
  2. Pasangan SPM Ditangkap Dalam Bilik Hotel
  3. Bayi Masih Hidup Ditemui Dalam Bungkusan
  4. Mat Bangla Gila Seks | Tunjuk Kemaluan Dalam LRT
  5. Sindiket Penipuan Internet Terbesar Tumpas
  6. Khidmat Urutan Kaki Tawar seks
  7. Ops Anti-Zina Malam Tahun Baru | 52 Ditahan
  8. Pekerja Restoran Maut Tersepit Lif
  9. Dicekup Separuh Bogel Dengan Mat Afrika
  10. Kelab Ala Istana Tawar Khidmat seks

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins