Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi dikhuatiri dibaham buaya selepas tiba-tiba dilihat tenggelam ketika leka mengumpul hasil tangkapan ketam bersama seorang rakannya di Sungai Midin di sini petang semalam.

Mohd. Idris Roni, 13, dari Tanjung Sungai Midin, Kampung Semerah Padi, di sini dilaporkan hilang ketika mengharungi air sungai itu untuk memeriksa bubu yang dipasang dalam kejadian pukul 6.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Terry Robson berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.30 petang dan empat anggota dikejarkan ke lokasi bagi meninjau keadaan di kawasan tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat terus digerakkan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) serta penduduk kampung dengan kekuatan keseluruhan seramai 39 orang.

“Kita melakukan operasi mencari meliputi kawasan Sungai Midin hingga ke Sungai Semariang Batu dan ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Operasi pencarian disambung semula pada pukul 7.30 pagi ini,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Sebelum kejadian, mangsa yang baru pulang dari sekolah pada pukul 6.20 petang telah pergi ke sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumahnya bersama seorang rakan, Mohd. Uzait Jeffry, 15, untuk memeriksa bubu ketam yang dipasang.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Bagaimanapun ketika mengharungi air sungai, Mohd. Idris yang berada di belakang Mohd. Uzait tiba-tiba tenggelam sebelum hilang menyebabkan rakannya cemas lalu memanjat pokok sementara menunggu mangsa timbul semula.

Mangsa namun tidak timbul-timbul dari dalam sungai terbabit menyebabkan Mohd. Uzait terus menunggu di atas pokok kerana khuatir mangsa disambar buaya memandangkan sungai terbabit sememangnya terkenal dengan reptilia berkenaan.

Dalam pada itu, ibu Mohd. Uzait yang bimbang selepas anaknya tidak pulang ke rumah keluar mencarinya dan menemui remaja tersebut di atas pokok sebelum memaklumkan kepada penduduk.

Related posts:

  1. Imam Masjid Mati Dibaham Buaya
  2. Pelajar Tingkatan Satu Maut Kemalangan Dengan Ambulans
  3. Banjir: Hujan Berterusan Di Empat Negeri Dan Seorang Dikhuatiri Lemas Di Jitra
  4. Buku Pelajar Tingkatan 2 Ada Soalan Gugur Kandungan?
  5. Kanak-kanak Lelaki 5 Tahun Mati Lemas Tergelincir
  6. Rupanya Kanak-kanak Itu Bukan Dibaham Anjing
  7. Semakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 Ke-2
  8. Dua Pelajar UiTM Machang Terbunuh Dalam Kemalangan
  9. Pelajar Tunggu Keputusan SPM Mati Dikelar
  10. Pelajar Tahun Akhir UiTM Kelantan Maut Kemalangan

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins