Seorang pekerja ladang dijumpai mati dengan tiga kesan tikaman di badannya selepas dipercayai bertengkar dengan seorang rakannya di hadapan rumah pekerja di Ladang Rakanan Jaya, IJM Paitan dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan V. Sivanathan berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Jamal Tepo, 34, ditemui isterinya dalam keadaan berlumuran darah tersandar di tepi sebuah bukit.

Katanya, sebelum kejadian pukul 12.30 tengah hari, Jamal dikatakan telah bertengkar dengan suspek yang berusia 31 tahun.
“Mangsa kemudian tidak pulang ke rumah menyebabkan isterinya keluar mencari lelaki itu di sekitar rumah kongsi berkenaan.
“Mangsa kemudian ditemui di tepi bukit dengan keadaan berlumuran darah dan telah meninggal dunia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sivanathan berkata, kejadian itu hanya dimaklumkan kepada pengurus ladang selepas beberapa jam ekoran kawasan rumah pekerja tersebut terletak jauh dan tiada talian telefon.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIMenurutnya, pihak polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian dan menemui sebilah pisau berukuran kira-kira 2.4 sentimeter serta sarungnya dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesan tikaman pada badan mangsa dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah siasat,” ujarnya.
Tambahnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif kejadian tersebut dan memburu suspek yang merupakan warga Filipina.
Related posts:
- Maut Ditikam Kekasih Seorang Pengkid
- Penoreh Ditemui Mati Dengan Kesan Tikam Dan Tetak
- Kerani Bank Maut Ditikam 15 Kali
- Selepas Bertengkar, Isteri Temui Mayat Suami Tergantung
- Angkara Cemburu | Janda Mati Ditikam Tunang
- Minum Sebotol Air Sabun Selepas Bergaduh Dengan Teman Wanita
- Lelaki Maut Ditikam Sepupu Akibat Cemburu
- Tengkorak Buruh Binaan Pecah Dipukul Rakan
- Selepas Bunuh Tiga Anak, Bapa Minum Racun
- Ditembak Rakan Sendiri Kerana Hutang





takziah..setiap hari ada sahaja berita kes bunuh begini..hu2x..