Fabio Capello membuat keputusan meletakkan jawatannya selaku jurulatih England berkuat kuasa semalam.
Demikian menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Peletakan jawatan jurulatih kelahiran Itali itu dibuat sejurus selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi FA England, David Bernstein semalam.
Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan isu mengenai pelucutan tugas kapten John Terry yang akan dihadapkan ke mahkamah Julai depan gara-gara didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman sebelum ini.
Terry yang juga kapten Chelsea didakwa bertindak sedemikian kepada pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand dalam satu aksi Liga Perdana England Oktober tahun lepas.
“Dalam mesyuarat selama lebih sejam itu, Capello akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa serta-merta,” kata FA dalam kenyataan itu.
Capello sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan tindakan FA yang mahu melucutkan jawatan Terry selaku kapten England.
“Kami ingin menegaskan di sini bahawa Capello telah bersikap profesional sepanjang pembabitan beliau sebagai jurulatih England.
“Ini merupakan keputusan yang betul dan kami menghormati keputusan Capello dan menerima surat peletakan jawatannya.
“Kami mengucapkan terima kasih di atas segala jasa beliau bersama England dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya pada masa depan,” kata FA.
Begitupun, Capello ketika ini dilaporkan enggan mengeluarkan sebarang komen berhubung perkara itu, dan satu sidang akhbar khas dikhabarkan akan diadakan di Wembley hari ini.
Jurulatih berusia 65 tahun itu mula mengambil alih tugas selaku jurulatih England pada Disember 2007 sebelum menyaksikan anak buahnya gagal layak ke Euro 2008 setahun kemudian.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIDalam pada itu, FA England telah melantik Stuart Pearce sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan Capello.
Dengan pelantikan tersebut, Pearce yang sebelum ini merupakan jurulatih skuad bawah 21 tahun (B-21) England bakal mengendalikan pasukan tersebut menjelang aksi persahabatan menentang Belanda pada 29 Februari ini.
– Reuters
Related posts:
- Jurulatih Selangor K.Devan Letak Jawatan
- Nizam Adzha Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Sementara Kedah
- M Karathu Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Kelantan
- Hosni Mubarak Letak Jawatan: Perjuangan Rakyat Yang Tak Sia-sia
- Pengasas Yahoo! Letak Jawatan Mengejut
- Tonton Klip Lucah | Tiga Menteri Letak Jawatan
- Jurulatih Iraq Zico | Padang Singapura Untuk Budak Sekolah
- Azraai Khor Sah Jurulatih Negeri sembilan
- Bekas Jurulatih Basikal Kebangsaan Maut Dalam Kemalangan
- Azraai Khor Jurulatih Baru Negeri Sembilan?





ehem..