Perbuatan terkutuk seorang lelaki terhadap seorang remaja bawah umur sejak setahun lalu terbongkar selepas gadis itu membuat laporan polis kelmarin.

Remaja perempuan berusia 14 tahun itu dirogol teman lelaki ibunya sejak setahun lalu.

Perbuatan itu dilakukan oleh lelaki berusia 46 tahun berkenaan setiap kali ibu remaja itu keluar bekerja.

Pelajar tersebut yang menuntut di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini hanya mampu mendiamkan diri setiap kali selepas dirogol kerana diugut akan dipukul jika memberitahu ibunya atau membuat laporan polis.

Namun, rahsia tindakan keji lelaki itu terbongkar apabila mangsa bertindak nekad melarikan diri ke rumah rakannya di Seberang Perai.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Mangsa kemudian tampil bersama rakannya membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zain ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Related posts:

  1. Hamba Seks Kekasih Ibu
  2. Adik Ipar Sebagai Pemuas Nafsu
  3. Anak Tempat Ayah Lepaskan Nafsu Di Kulim
  4. Cabul Ibu Tiri | Remaja 17 Tahun Ditahan
  5. Remaja Hilang Ditemui Abang, Akui Dinodai Kekasih
  6. Ibu Berpakat Dengan Anak Kurung Kekasih
  7. Dirogol Sepupu Sejak Usia 10 Tahun
  8. Jenayah Seksual Remaja Semakin Menjadi-jadi
  9. Hamba Seks Bapa Tiri
  10. Remaja 14 Tahun Masuk Teman Lelaki 15 Tahun Ke Rumah

3 Comments

  • mama aini says:

    ehem buat semua ibu2,fikir2kan lah sebelum punya teman lelaki..hu2x..seringkali ank menjadi mangsa rogol teman lelaki ibu @ bapa tiri..semuga suspek dpt ditangkap dgn segera & dikenakan hukuman yg setimpal..sedih mama baca berita2 begini..

  • ZWAN SABRI says:

    kesianla kat remaja tu.. ni la dinamakan harapkan pagar, pagar makan padi.. HUHU

  • Hanif says:

    kesiannya…
    mak di apun satu…mana boleh bukan mahram kau nak percaya macam anak-anak…lagi2 anak pompuan kau..pehhh!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins