Bekalan minyak masak peket satu kilogram di sekitar ibu kota dipercayai terputus lagi sehingga menyukarkan orang ramai mendapatkan bahan tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Menurut mereka, banyak kedai mereka pergi tetapi bekalan minyak masak tersebut sukar diperoleh seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Malah tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa pasar raya di Ampang dan kedai runcit di sekitar Kampung Baru dan Jalan Chow Kit di sini mendapati, rak jualan bekalan minyak masak peket satu kilogram terbiar kosong.
Seorang peruncit, Suhairi Zainal Abidin berkata, kedainya juga sudah tidak menerima bekalan minyak masak peket satu kilogram yang mencukupi sejak sebulan lalu.
“Ada pelanggan mengadu kami tidak mahu menjual minyak masak tersebut. Kami bukannya tidak mahu jual, tetapi bekalan memang tidak ada.
“Apa yang dihantar oleh pembekal, itulah yang kami jual. Malah kami juga tidak membuat sebarang catuan kepada pelanggan ketika mereka datang membeli barangan tersebut,” katanya.
Seorang lagi peniaga kedai, Harhunuddin Rostam berkata, dia juga menghadapi masalah mendapatkan bekalan minyak masak peket satu kilogram berbanding dengan bahan mentah lain seperti beras, gula, susu dan tepung.
“Saya percaya bukan pengguna tidak mahu membeli minyak masak botol tetapi harga minyak masak peket jauh lebih murah dan mampu dibeli. Saya harap kementerian dan pihak bertanggungjawab dapat turun padang dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kekurangan bekalan itu,” katanya.
Dalam pada itu, seorang surirumah, Zakiah Mat Som, 59, pula menjelaskan, disebabkan kedai runcit di sekeliling kediamannya kehabisan bekalan, dia terpaksa ke kedai borong untuk membeli minyak peket berkenaan.
“Sebagai pengguna, kesannya tidak terlalu ketara tetapi peniaga makanan mungkin menghadapi masalah besar ekoran ketiadaan bekalan minyak masak itu,’’ katanya.
Seorang pengguna, Ahmad Sarbaini, 49, berkata, kerajaan harus segera membuat siasatan untuk mengenalpasti masalah tersebut, sekali gus menanganinya.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI“Kita faham apabila bekalan tidak mencukupi dan kurang, permintaan pula tinggi, jadi pastinya pengguna ditekan dengan kenaikan harga barang.
“Saya berharap pihak berkenaan dapat memainkan peranan agar harga barangan tidak naik kerana majoriti pengguna di negara ini bukanlah golongan berpendapatan tinggi,” katanya.
Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Salina, 25, berkata, dia berharap minyak masak peket dapat diperoleh dengan lebih mudah kerana harga minyak masak dalam botol lebih tinggi harganya.
Related posts:
- Bahaya Minyak Masak Yang Diguna Berulang Kali
- Harga Minyak Akan Naik Dalam Waktu Terdekat?
- Minyak Ron 95: Tiada Cadangan Menaikkannya
- Gangguan Bekalan Air Esok & Rabu Di Seremban
- Rambut Lagi!
- RM10 Harga Ikan Kembung Di Alor Setar
- Orang Minyak Mengganas Di Gombak
- Impian Donald Trump | Jajah Iraq Untuk Kuasai Minyak
- Harga Barang Dijangka Naik Menjelang Ramadan 2011?
- Minyak naik? Kesah Ke Tak Kesah?





ehem elok dikurangkan penggunaan minyak utk makanan..tak baik utk kesihatan..mama memang kurang masak guna minyak selalu bakar je..