Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang dipandu oleh bapanya sendiri dalam kejadian di rumahnya di Kampung Dusun dekat Kuala Lipis semalam.
Mangsa, Nurfazliyana Jais dilaporkan meninggal dunia di rumah keluarganya akibat kecederaan parah di kepala.

Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 6.05 petang apabila bapa mangsa berusia 45 tahun dikatakan sedang mengundur keretanya tanpa menyedari anak bongsu daripada empat beradik terbabit berada di belakang kenderaan tersebut.
Menurutnya, semasa kejadian, mangsa dipercayai sedang makan bubur bersama adik-beradiknya yang lain di dalam rumah manakala bapanya keluar menghidupkan enjin kereta untuk pergi ke kebun.
“Apabila kereta diundurkan, secara tiba-tiba dia meluru keluar dan pergi ke belakang kenderaan itu tanpa disedari oleh bapanya.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI“Akibatnya, mangsa dipercayai dilanggar dan kepalanya dilenyek kereta itu sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Abdul Razak berkata, kejadian hanya disedari oleh ibu mangsa yang berusia 39 tahun apabila dia terdengar bunyi kuat seakan- akan benda terhantuk di luar rumah.
“Jenazahnya dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarganya,” katanya.
Related posts:
- Kanak-kanak 10 Bulan Digilis Kereta Bapa
- Kanak-kanak Maut Dirempuh Kereta Guru
- Kanak-kanak Perempuan Terbunuh Digilis Bas
- Kanak-kanak 2 Tahun Mangsa Cabul Bapa Sendiri
- kanak-kanak 6 Tahun Maut Dihempap Van
- Maut Kepala Digilis Lori
- Kanak-kanak 5 Tahun Diculik Dengan Tidak Sengaja
- Kanak-kanak 4 Tahun Maut Dihempap Pokok Kelapa
- Libas Bapa Dengan Pisau
- Pelajar Tahun Akhir UiTM Kelantan Maut Kemalangan





Al-Fatihah..takziah buat keluarga mangsa..