Polis negeri akan meningkatkan pemantauannya terhadap aktiviti di laman sosial khususnya yang melibatkan pelajar sekolah bagi membendung golongan berkenaan daripada terjerumus dalam jenayah siber.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pelajar lebih cenderung terdedah kepada jenayah berkenaan berbanding orang dewasa kerana golongan itu sering bertindak mengikut emosi tanpa memikirkan akibatnya.

“Kita perlu pantau perkara ini kerana mungkin satu pergaduhan serius sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian boleh berlaku akibat perbalahan kecil di laman sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent di sini hari ini.
Menurutnya, walaupun statistik kes melibatkan jenayah siber masih rendah dan terkawal, namun polis memandang serius terutamanya yang menjurus kepada berlakunya pergaduhan atau menjejaskan ketenteraman awam.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIKatanya, selain penularan fitnah, polis turut memberikan perhatian serius terhadap penyebaran maklumat palsu dan berbaur perkauman kerana boleh menyebabkan keadaan huru-hara dan menggugat keselamatan negara.
“Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan Internet dan laman sosial adalah perlu pada masa ini, namun pengguna perlu bertanggungjawab dan berwaspada dengan kenyataan yang dibuat kerana ia memberikan impak besar terhadap kestabilan negara,” katanya.
Justeru, katanya, bagi memastikan jenayah siber melibatkan pelajar sekolah dapat dibendung dengan berkesan, guru dan ibu bapa perlu turut membantu dengan sentiasa memantau aktiviti pelajar dan anak mereka.
Related posts:
- Jenayah Siber | Negara Kerugian RM2.73 Bilion
- Jenayah Seksual Remaja Semakin Menjadi-jadi
- Anak Anggota Polis Trafik Maut Terjatuh Dari Tingkat 5
- Azwan Ali Disiasat Polis | Ugut Bunuh Umi Hafilda
- Aib Boss Di Facebook
- Polis Bantuan Dinaikkan Pangkat 2012
- Wanita Maut Jatuh Dari Tingkat Tujuh Mungkin Dibunuh
- Pasangan Remaja Berasmara Dalam Relung Air
- Pegawai Polis Ditahan Disyaki Edar Dadah
- 2 Ditahan Sebar Fitnah Ketua Polis Meninggal





ehem,memang patut di pantau,supaya tidak berlaku kejadian2 yg tidak diingini..