Hanya kerana disyaki meracun lembu ternakan milik orang lain, seorang warga emas cedera parah dibelasah empat lelaki dipercayai pemilik haiwan peliharaan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut ditetak dengan parang oleh keempat-empat suspek yang berang kerana tiga lembu ternakan mereka mati.

Kejadian berlaku di Kampung Wong Seng Chow, Sikamat, di sini, kelmarin apabila lelaki warga emas berusia 64 tahun itu didatangi empat lelaki bersenjatakan parang di ladang ternakan ayamnya.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, salah seorang suspek berusia 60-an kemudian bertindak menyerang dan menetak di bahagian kepala, badan tangan tangan kiri mangsa dengan parang.

Menurut sumber, empat lelaki terbabit mula naik berang selepas mengesyaki mangsa meracun tiga lembunya yang tiba-tiba ditemui mati.

“Empat lelaki terbabit mendakwa lembunya diracun oleh mangsa selepas melihat lembunya mati di sebuah ladang berdekatan dan mengesyaki mangsa melakukan perbuatan itu berikutan pernah berlaku perselisihan faham antara mereka.

“Salah seorang suspek kemudian bertindak menyerang mangsa yang ketika itu sedang bekerja di ladang ternakan ayam berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang terkejut serta panik melihat tindakan suspek turut cuba mempertahankan diri dengan menyerang salah seorang daripada mereka.

“Dalam pergelutan itu, salah seorang daripada mereka mengalami cedera parah di bahagian pergelangan tangan dipercayai akibat ditetak,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), di sini oleh orang awam yang kebetulan berada tidak jauh di kawasan berkenaan serta melihat suspek diserang.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

“Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut, manakala suspek yang cedera pula menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa berusia 60-an, berkata, dia menyedari kejadian menimpa adiknya selepas diberitahu orang awam yang menyaksikan mangsa parah.

Mangsa dan suspek yang cedera difahamkan belum membuat sebarang laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Related posts:

  1. Pegawai Polis Parah Ditetak Ketika Serah Saman
  2. Ditetak Kawan Kerana Tuntut Wang Hutang
  3. Ditetak Berulang Kali Hingga Kaki Hampir Putus
  4. 3 Beradik Parah Ditetak 5 Perompak
  5. Ditembak Rakan Sendiri Kerana Hutang
  6. Kontraktor Maut, Isteri Cedera | Rompakan Di Taman Seri Alam
  7. Maut Ditetak Tiga Lelaki
  8. Dipukul Samseng Upahan Kerana Cemburu
  9. Kontraktor Mati Ditetak Di Hadapan Isteri & Anak
  10. Bunuh Diri Kerana Merajuk

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins