Kebiasaannya majlis persandingan diadakan di rumah mahupun hotel, namun berbeza buat Erryzuan Topah, 34, dan pasangannya, Nurul Jannah Abdullah, 22, yang bersanding di Pasar Awam Larkin di sini hari ini.

Menurut Nurul Jannah, cadangan mengadakan majlis persandingan di pasar berkenaan disuarakan oleh bapanya, Abdullah Idris, 50, yang merupakan peniaga ayam di pasar tersebut sejak 30 tahun lalu.

NURUL Jannah Abdullah bersalaman dengan seorang peniaga sayur sambil diperhatikan oleh suaminya, Erryzuan Topah di majlis perkahwinannya yang diadakan di Pasar Awam, Larkin Sentral, Johor Bahru, semalam.

“Pada mulanya kami agak terkejut apabila bapa menyuarakan hasrat untuk mengadakan majlis persandingan di pasar.

“Tetapi apabila kami fikirkan, ia agak menarik kerana rasanya tidak pernah majlis persandingan diadakan di pasar dan mungkin kami pasangan yang pertama melakukannya,” katanya.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Erryzuan dan Nurul Jannah mengikat tali pertunangan pada Disember lalu setelah mengenali hati budi masing-masing selama beberapa tahun.

Sementara itu, Abdullah berkata, anaknya itu diijabkabulkan di rumahnya di Taman Skudai Kanan di sini pukul 9 pagi sebelum majlis persandingan diadakan di pasar berkenaan.

Katanya, kira-kira 1,500 tetamu datang ke majlis persandingan anak keduanya itu termasuk para peniaga di pasar tersebut.

Related posts:

  1. Pengacara Majalah Tiga Nikah 23 Julai
  2. Kabinet Putuskan Tangguh Skim SBPA Sektor Awam
  3. Harga Barang Dijangka Naik Menjelang Ramadan 2011?
  4. Gambar Majlis Pernikahan Anak Anwar Ibrahim 23 Julai 2011
  5. JPJ N.Sembilan Adakan Lelongan Awam 20 September
  6. Gambar Majlis Akad Nikah Faezah Elai & Heykal Hanafiah
  7. Peniaga Dakwa Tertipu | Beli Susu Berkulat
  8. Suami Lihat isteri Dirogol Remaja Di Butik Pengantin
  9. Penjawat Awam Akan Dikenakan Pengauditan Bahasa?
  10. Fedtri Yahya Bakal Berkahwin dengan Nurul Anati Ismail

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins