Gara-gara mencuri seekor kambing betina bunting, seorang lelaki ditahan ketika memandu dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 7 malam di Kampung Lonek, Batu Kikir, 2 Februari lalu.
Haiwan berkenaan juga dikatakan hampir mati lemas kerana diletakkan dalam bonet kereta terbabit.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, suspek berusia 30-an ditahan anggota polis yang ketika itu membuat rondaan cegah jenayah di kawasan terbabit.
“Setelah diperiksa, kita menemui seekor kambing yang diikat. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencuri kambing terbabit di tepi jalan dekat Pasir Ambor, Kuala Pilah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini, kelmarin.
Dalam perkembangan kes sama, seorang lelaki berjaya dicekup setelah ‘terkantoi’ mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) kira-kira jam 4 pagi dekat Rompin pada 28 Januari lalu.
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS), Rompin, yang membuat rondaan setelah menerima laporan kecurian kabel terbabit.
Mohd Sabri berkata, ketika kejadian, suspek sedang menggulung wayar kabel berkenaan di tepi jalan.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI“Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu bersama tiga rakannya lain, namun sempat melarikan diri bersama sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.
“Pada rondaan itu, kita turut menjumpai sebahagian kabel yang dicuri sepanjang 59 meter dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya.
Katanya, suspek yang ditahan bagaimanapun tidak mengaku bersalah ketika dibicarakan dekat Mahkamah Majistret, Bahau. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Related posts:
- Padah Pelajar SPM Tunggang Motor Curi
- Lembu Curi Disumbat Dalam Kereta Myvi
- Mat Bangla Gila Seks | Tunjuk Kemaluan Dalam LRT
- Susu Kambing Bio-Herbs
- Siswi Dicabul Penunggang Motosikal Bertanya Arah Jalan
- Dipenjara 10 Bulan Curi Barang Maxis RM20,000
- Dirogol Abang Ipar Hingga Hamil Empat Bulan
- Pembunuh Ibu Juruhebah Radio myFM Ditangkap
- Video Perempuan Curi Tudung
- Padah Berlumba Haram | Empat Terkorban





nak cari duit cara mudah ke?..:)