Kematian seorang wanita berusia 20-an yang pada mulanya disangka membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, awal pagi semalam, nyata berunsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa.
Sikap rakan serumah mangsa yang hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu mengenai kesan melecur itu menimbulkan keraguan, sekali gus menyebabkan mereka ditahan polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut sumber, penahanan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 22 dan 24 tahun itu dilakukan kerana siasatan awal mendapati ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari kediamannya. Sumber itu berkata, sebelum itu polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat aduan pada kira-kira jam 4.15 pagi semalam.
“Selepas memeriksa mayat mangsa, polis mendapati ada kesan lecur di badannya dipercayai akibat disimbah air panas. Berikutan itu Unit Forensik dipanggil ke lokasi kejadian untuk memeriksa kediaman mangsa.
“Hasil pemeriksaan, dirumuskan ada kemungkinan mangsa ditolak atau dicampak dari balkoni rumahnya yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.
“Rentetan itu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita yang juga rakan serumah mangsa bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu ketika disoal siasat ketiga individu terbabit hanya mendiamkan diri dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai kecederaan dialami mangsa.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI“Tindakan mereka itu menimbulkan keraguan kepada polis dan mengesyaki ada unsur jenayah lain dalam kes kematian mangsa dan bukan membunuh diri,” katanya.
Sumber itu berkata, hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terbukti kematian mangsa dalam kes ini disebabkan perbuatan jenayah dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan dan penahanan yang dibuat.
Related posts:
- Wanita Maut Jatuh dari Tingkat Tujuh Pangsapuri Segar Perdana
- Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat 12 Flat
- Anak Anggota Polis Trafik Maut Terjatuh Dari Tingkat 5
- Lelaki Berpangkat Datuk Maut Jatuh Hotel
- Lelaki Enggan Lepas Mayat Teman Wanita Jatuh Flat
- Syafiq Hilang 4 Hari Akhirnya Ditemui Mati | Jatuh Dari Kondominium
- Bekas Polis Maut Jatuh Bangunan | Elak Dicekup JAWI
- Jemaah Haji Malaysia Meninggal Terjatuh Dari Tingkat 9 Hotel
- Ibu Campak Anak Dari Tingkat Enam?
- Disamun, Pukul Dan Ditampal Pelekat Pada Mulut Mata | Serang Wanita Maut





ehem..manusia semakin hilang pertimbangan..semuga mereka yg melakukan perbuatan ini akan dikenakan hukuman yg setimpal !!!..senang2 je nak ambil nyawa org lain..hu2x..
mmg kita kenal gadis yg dibunuh ini, itupun br dpt tahun itu dia dr ibu saudaranya semalam. mmg kejam sangat sipembunuh ni. kalu marah sekalipun kenapa sampai bunuh?? itu anak orang tau!! mmg kejam dan tak berperikemanusiaan langsung. minta semua binatang yg terlibat itu dihukum setimpal dgn perbuatan mereka.