Tema cinta yang dibawakan untuk minggu keempat Raja Lawak 6 (RL6) tidak dapat memberi kelebihan buat Kodan apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebentar tadi.

Bersiaran dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, Gelanggang Raja Lawak 6 minggu keempat ini memerlukan setiap peserta membawakan tema percintaan ke atas pentas dan persembahan Kodan gagal memikat barisan juri, audiens dan pengundi sehingga dia menerima undian terendah pada minggu ini.

Kodan sebelum ini dikenali kerana pernah menyertai pelbagai program realiti lain sebagai penyanyi, pelakon serta pengacara dan penyertaannya sebagai pelawak di RL6 adalah satu percubaan untuk dirinya mencapai impian bergelar penghibur.

Kodan adalah peserta dibawah tunjuk ajar Cif Kecil Tauke dan selain Kodan, dua lagi peserta yang mendapat undian terendah ialah kumpulan Selak dan kumpulan 2Yol. Pengumuman penyingkiran Kodan diumumkan oleh salah seorang juri tetap, Sathiya.

Raja Lawak 6 terus dihoskan oleh pasangan Jozan manakala juri tetap untuk musim ini ialah Sheila Rusly, David Teo serta Sathiya sendiri. Ia turut dipancarkan secara langsung ke Astro Warna (saluran 132).

Istimewanya Gelanggang Raja Lawak minggu ini ialah penampilan isitimewa pemenang Anugerah Juara Lagu 26, Hafiz yang tampil untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Johan iaitu Elly & Epit.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Dengan penyingkiran Kodan, maka tinggal 9 lagi peserta bakal meneruskan lagi cabaran Raja Lawak 6 di minggu hadapan.

Di bawah adalah video persembahan peserta di minggu ke-4

Related posts:

  1. Raja Lawak 6 | King & Ketupat Tersingkir Di Minggu 3
  2. Maharaja Lawak Minggu Ke-3: WAI, NX3 Dan R2 Tersingkir
  3. Maharaja Lawak Minggu Ke-6 | Siapa Tersingkir?
  4. Maharaja Lawak Minggu Ke-4: Man, Jihan Atau Amir Yang Tersingkir?
  5. Video Raja Lawak 6 Minggu 3
  6. Maharaja Lawak Minggu Ke-8 | Siapa Tersingkir?
  7. Maharaja Lawak Minggu Ke-5 | Siapa Tersingkir?
  8. Raja Lawak 6 Minggu 2
  9. Maharaja Lawak Minggu Ke 9 | Siapa Tersingkir?
  10. Raja Lawak 6 Minggu 1

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins