Seorang peniaga kecewa setelah mendakwa dia tertipu membeli susu yang dilelong di Pasar Malam Pauh Lima, Bachok pada malam Selasa lalu.

Peniaga berkenaan, Wan Zah Wan Ibrahim, 46 berkata, susu pekat tersebut dibeli setelah pengunjung pasar malam berkenaan berpusu-pusu mendapatkan susu terbabit.

“Semasa membelinya, saya ada tanya mengenai tarikh luput susu itu kerana musykil kenapa ia dijual murah, namun peniaga menjawab tarikhnya pada Julai nanti.

“Tin susu kebanyakannya kemek dan ketika itu saya syak ia susu lama, tetapi saya tidak pasti kenapa saya teruja untuk membelinya sehingga balik ke rumah, saya terkejut melihat susu berkulat dan berwarna kekuningan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Wan Zah berkata, pada malam tersebut, peniaga itu melelong susu dengan tawaran harga RM10 untuk sembilan tin susu pekat.

Menurutnya, memandangkan dia memang memerlukan bekalan susu pekat untuk meniaga jagung kukus, dia membeli susu terbabit sebanyak RM10.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

“Saya bernasib baik kerana menuang susu ke dalam bekas lain terlebih dahulu dan tidak tuang terus ke dalam jagung kukus, jika tidak, sudah pasti pelanggan saya mengalami keracunan makanan.

“Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh pihak berkuasa dan orang ramai diminta tidak mudah terpedaya mendapatkan susu murah,” katanya yang kesal kerana peniaga itu sanggup menipu tarikh luput kepada pelanggannya.

- Sinar Harian

Related posts:

  1. Hospital Cuai | Tersalah Cucuk Susu
  2. Bayi Meninggal Tersedak Susu
  3. Mohamad Nur Iffan Bayi 3 Bulan Mati Tersedak Susu
  4. Murid SK Othman Shawal Keracunan Selepas Meminum Susu Kotak
  5. Susu Kambing Bio-Herbs
  6. Bayi Meninggal Tersedak Susu
  7. Beli Galaxy S Dapat Lesung Batu
  8. Peniaga Mati Ditembak Di Hadapan Rumah
  9. Potong Telinga Peniaga | Orang Malaysia Semakin Berani
  10. Respon Dari Ibu Bayi Tersedak Susu

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins