Polis menahan seorang lelaki selepas dia memaksa anak perempuannya yang berusia 10 tahun memakan najis hanya semata-mata kerana budak berkenaan tidak mematuhi peraturannya.

Dalam kejadian berkenaan, lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu mengarahkan anaknya itu menyusun surat khabar namun dia secara tidak sengaja menjatuhkan surat khabar berkenaan.

Kerana takut selepas dimarahi bapanya, budak tersebut menangis namun tangisannya telah menyebabkan lelaki berkenaan berang lalu dia memasuki tandas awam di pasar berkenaan.

“Dia kemudiannya keluar membawa najis dan telah melumurkan najis itu ke muka anaknya dan turut menyumbat ke dalam mulutnya walaupun budak perempuan itu ketakutan.

“Lelaki itu turut menyoal anaknya “adakah najis ini manis? adakah kamu suka? Adakah kamu akan mendengar kataku atau tidak,” lapor akhbar Qianjiang Evening News.

Orang ramai yang berada di pasar itu bagaimanapun tidak berani untuk menghalang lelaki itu kerana bimbang terkena najis berkenaan, namun mereka menghubungi polis.

Dalam pada itu, jurucakap polis memaklumkan lelaki berkenaan yang memiliki ijazah daripada sebuah kolej telah bercerai dan mengalami masalah psikologi.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Dia pernah mendera anaknya sebelum ini.

“Ketika ini, pihak berkuasa sedang berhubung dengan ibu budak tersebut dan dalam masa sama siasatan diteruskan,” katanya.

- Sumber

Related posts:

  1. Anak Peniaga Maut Lemas Dalam Tangki Najis
  2. Pengurus Didakwa Sebab Kematian Anak
  3. Anak-Anak Derhaka | 2 beradik pukul, maki, halau ibu
  4. Bapa Cekup Anak Dengan Dua Lelaki Di Hotel Bajet
  5. Dipaksa Seks dengan Orang Asing
  6. Video Seks Dua Beradik: Masa Depan Anak-anak Kita
  7. Bapa Sempat Menyelamatkan Anak Dari Diliwat
  8. Sebab Mengapa Tiada Siapa Tolong Budak Dilanggar Van
  9. 4 Jam Di Wad Kecemasan | Pelajar Tersalah Makan Pil
  10. Bukan Sorak Sebab BN Menang, Tapi Sorak sebab…

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins