‘Lawak Ke, Der?’ Di Istana Budaya

Buat pertama kalinya, pentas Istana Budaya (IB) akan membawa penonton menyaksikan persembahan ‘stand-up comedy’ daripada barisan pelawak hebat, Lawak Ke, Der? bermula 3 hingga 12 Februari depan.

Persembahan yang dianjurkan oleh Istana Budaya dan NRG Enterprise Sdn Bhd itu akan memperlihatkan kehebatan peserta daripada pertandingan Maha Raja Lawak (MLM) iaitu Osbon (Mr.Os dan Abon),Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), Raja Lawak Mega (RLM) iaitu Jozan (Johan dan Zizan) serta Harith Iskander.

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, idea persembahan ‘stand-up comedy’ itu timbul selepas rancangan pementasan tarian Thousand Hands yang sepatutnya dipentaskan pada tarikh berkenaan dibatalkan.

“Sebenarnya, saya dan Afdlin telah berbincang mengenai persembahan sebegini untuk dipentaskan di IB sejak dua tahun lalu.

“Kemudian, apabila Thousand Hands dibatalkan, pihak kami perlu mengisi kekosongan jadual itu supaya nama baik IB tidak terjejas, lantas kami terus memasukan Lawak Ke, Der? ke dalam slot aktiviti tahunan kami,” katanya pada sidang akhbar Lawak Ke, Der? di Istana Budaya, di sini, Isnin.

Sepanjang dua jam persembahan, Lawak Ke, Der? yang diarahkan oleh Hans Isaac itu akan diadakan selama enam hari, dimulakan dengan persembahan Osbon iaitu pada 3 dan 10 Februari depan, diikuti Jozan (4, 5, 11,12 Februari) manakala Boboi, Harith Iskandar dan Nabil akan tampil pada setiap hari.

Harith Iskander
Sementara itu, beritahu Afdlin, Boboi akan mempersembahkan karakter yang pernah dibawa dalam MLM seperti ‘Boboyot’, ‘Datin Maimon’ dan ‘Gegirl’ sebagai penampilan istimewa.

Begitu juga dengan Osbon dan Jozan, masing-masing akan membawakan beberapa karakter yang pernah dipopularkan mereka.

Dalam pada itu, bagi memantapkan kualiti persembahan, Jozan turut mengkaji mengenai penggunaan bahasa yang sesuai memandangkan aksi mereka semestinya akan ditonton oleh pelbagai golongan umur.

“Dalam persembahan Jozan nanti, bahasa yang mempunyai dua maksud atau kasar tidak akan digunakan supaya penonton cilik sehinggalah ke dewasa dapat memahami persembahan lawak kami.

“Malah, kami telah mempersiapkan diri dengan ke Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) untuk meminta pandangan mengenai penggunaan perkataan yang sesuai dan pada masa sama turut menjalankan latihan di sana,” kata Johan.

Tiket yang berharga RM53, RM73, RM123, RM203 dan RM353 boleh dibeli menerusi www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600.

Incoming search terms:

  • lawak jozan istana budaya (1)
  • lawak ke der (1)
  • lawak ke der 1full (1)
  • lawak ke der 2 istana budaya (1)
  • maksud lawak kede (1)
  • raja lawak istana budaya (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins