Blog Papagomo & Parpukari Kena Saman?

Artikel ini disalin tanpa sebarang edit dari UMNO REFORM2.

keluaran The Star 14hb Januari 2012

keluaran The Star 14hb Januari 2012

dan disiarkan nama mereka sekali

dan disiarkan nama mereka sekali

Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor. Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012. Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan.

Dengan label mereka adalah laman pro UMNO popular maka UMNO juga disabitkan dengan tindakan-tindakan laman web mereka yang hari ini sudah mula di saman. Melihat perkembangan yang ada penulis-penulis blog kadangkala gagal mengasingkan makna perang saraf dengan apa yang disebut fitnah. Melihat satu kenyataan dari parpukari@Mohd Salim Iskandar dalam isu laporan polis ke atas fitnah papagomo@Wan Mohamad Azri oleh artikulis www.themalaysianinsider.com Amin Iskandar – mereka memaklumkan bahawa tulisan itu adalah hak kebebasan bersuara – satu justifikasi yang amat dangkal.

Teruskan membaca

UMNO dalam isu ini seharusnya tidak terlibat atau campur tangan dalam membela laman – laman yang sebenarnya lebih membawa gambaran buruk kepada UMNO. Namun dalam banyak hal kami dimaklumkan ada sumber-sumber sahih yang mengatakan ada kepimpinan UMNO yang terlampau ghairah dalam penglibatan laman web sehingga UMNO terpalit dengan apa yang negatif dibawa oleh laman-laman pro UMNO ini.

UMNO akibat penulisan beberapa laman web pro UMNO ini akhirnya di manipulasi oleh pembangkang untuk menjatuhkan imej UMNO sendiri. Tindakan ini akhirnya meletakkan kita tersepit antara keseronokan menulis dengan usaha untuk menarik lebih ramai anak muda – orang yang tidak berparti melihat UMNO sebagai wadah sokongan mereka. Mungkin sudah sampai masanya UMNO melakukan pembersihan – mengasing diri dari terus dilabel terlibat dalam pendedahan palsu dan menggunakan laman pro UMNO sendiri untuk tujuan peribadi dan politik sendiri.

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins