Lemas Di Sungai Golok

Seorang pemuda ditemui lemas akibat dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok di Pengkalan Korok, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 malam, Mohd Zulhilmi Mahmood, 29, dikatakan terjatuh bersama seorang rakannya selepas setengah jam keluar dari rumahnya di Kampung Banggol Kulim, di sini.

MAYAT Mohd. Zulhilmi ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok, Rantau Panjang semalam

MAYAT Mohd. Zulhilmi ditemui selepas terjatuh ke dalam Sungai Golok, Rantau Panjang semalam

Bapa mangsa, Mahmood Jusoh, 56, berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar bersama rakannya tanpa memberitahu destinasi dituju.

“Biasanya dia beritahu hendak ke mana, tetapi tidak berbuat demikian pada kali ini. Dia sudah tiada di rumah ketika ibunya menunaikan solat Asar,” katanya.

Mahmood berkata, dia hanya mengetahui berita mengenai kehilangan anaknya sebaik dimaklumkan rakan arwah, pada jam 7.30 malam.

“Rakannya datang ke rumah untuk memberitahu kejadian itu. Dalam keadaan panik, dia hanya beritahu mereka terjatuh ke dalam sungai,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula jam 9 pagi semalam, akhirnya berhasil apabila mayat mangsa ditemui jam 3 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azmi Osman turut memantau operasi berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Ghani Mamat berkata, mangsa ditemui pada bahagian dasar sungai, 500 meter dari tempat dia terjatuh.

“Operasi disertai 30 anggota bersama unit skuba. Mayat ditemui dalam keadaan tertiarap.

“Kami turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Rantau Panjang bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat serta anggota bomba dari Thailand,” katanya.

Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins