Dengan hanya sekali lafaz, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, 30, kini sah bergelar suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar, 28, tepat jam 12.20 tengahari tadi.
Memilih 11 Disember 2011 sebagai tarikh pernikahan, pasangan selebriti ini dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Bendang Siam, Changkat Jering, Taiping, Tuan Haji Nawi Osman dengan mas kahwin sebanyak RM1,001 beserta sebentuk cincin.

Juri program Master Chef Malaysia menerima 15 dulang hantaran daripada pihak perempuan berbalas 10 dulang daripada pihak lelaki.
Sementara itu, Ana Dahlia turut menerima wang hantaran berjumlah RM20,000.
Pasangan mempelai ini mengikat tali pertunangan pada 5 Oktober lalu dan akan diraikan dalam dua majlis resepsi berasingan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIManakala, majlis resepsi kedua di sebelah pihak lelaki akan berlangsung di Sungai Koyan, Raub, Pahang pada 18 Disember ini.
Pihak lelaki menerima hantaran berupa dompet, Blackberry, minyak wangi, tali pinggang, set kelengkapan diri, pen, jam tangan, sireh junjung, sepasang baju dan seluar, pemanis dan dua pasang kasut.
Sementara pihak perempuan menerima coklat, kek, minyak wangi, cermin mata, jam tangan, tas tangan, kain lace, sireh junjung, tepak sireh dan buah-buahan.
Related posts:
- Gambar Majlis Akad Nikah Faezah Elai & Heykal Hanafiah
- Eira Syazira & Azad Jazmin Sah Menjadi Suami Isteri
- Noraniza Idris Sah Menjadi Isteri Jeffri Hudi
- Ana Dahlia Bakal Dilamar Chef Riz (Anak Chef Wan)
- Gambar Malis Nikah Zahiril & Shera
- Gambar Majlis Akad Nikah Nabil & Nazirah
- Gambar Ezlynn & Adam Fahmy Selamat Dinikahkan
- Gambar Majlis Akad Nikah Yasmin Hani & Sha’rin
- Norman Hakim & Memey Bergelar Suami Isteri Yang Sah
- Chef Wan Marah Chef Riz Di Facebook





senyuman bahagia.. alhamdullah
Tahniah buat ana & chef riz ..semuga bverkekalan hingga akhir hayat..amin..ehem cantik !!..