Gambar Langit Terbelah Di Pontianak

Penduduk Pontianak di Kalimantan Barat heboh melihat langit di atas bandar itu “terbelah” dua hari lepas, namun pakar astronomi menjelaskan ia bukan kejadian luar biasa.

Dalam kejadian selama 11 minit itu, terbentuk ruang jalur memanjang seolah-olah sebuah lebuh raya terbentang di langit antara awan yang bergumpal.

Langit Terbelah

Langit Terbelah


Peneliti Utama Astronomi-Astrofisika Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan), Thomas Djamaluddin berkata, fenomena langit terbelah seperti itu sering berlaku ketika matahari terbit atau terbenam.

“Pernah muncul di Yogyakarta pada tahun 2010 lalu. Ia juga boleh berlaku di banyak tempat,” Djamaluddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita VIVAnews hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa langit terbelah, dalam bahasa ilmiah dikenali dengan istilah “crepuscular ray”, iaitu awan menghalang cahaya matahari ketika senja atau fajar.

Mengenai kejadian di Pontianak itu, Djamaluddin berkata, penelitian terhadap foto langit terbelah itu memperlihatkan bahawa keadaan awan di arah barat adalah sangat tebal dan awan itulah yang menghalangi cahaya matahari.

“Fenomena langit terbelah tidak ada kaitan sama sekali dengan cuaca melampau atau petanda bencana alam,” katanya.

Sumber gambar

Incoming search terms:

  • tanah terbelah (3)
  • berita langit terbelah (2)
  • gambar langit terbelah (2)
  • foto-foto awan di pontianak (1)
  • gambar / foto langit (1)
  • gambar tanah terbelah di jepara (1)
  • langit terbelah (1)
Make RM1,000 Every Month Working from Home
Pakej Sukses Usahawan Internet
Rahsia Pendapatan 30k Sebulan - Lombong Emas
Buat Duit Dengan Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Plugin from the creators ofBrindes Personalizados :: More at PlulzWordpress Plugins