DAP telah meminta Pakatan Rakyat supaya mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian Pas untuk melaksanakan hukum Hudud dan penubuhan negara Islam.
Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti Pas itu.
Katanya, sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
“Sebuah mesyuarat tergempar perlu diadakan serta merta bagi memperjelaskan secara terbuka pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi itu perlu ditamatkan secara muktamad,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIPada Khamis lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum Hudud biarpun tidak mendapat sokongan daripada sekutunya dalam pembangkang iaitu DAP.
Bagaimanapun, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sebuah negara Islam tidak boleh ditubuhkan dalam mana-mana negeri dalam Persekutuan Malaysia kerana tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pakatan Rakyat terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. – Bernama
Related posts:
- Mesyuarat Khas Pas
- PAS Tolak Sebarang Perbincangan Untuk Menukar Jalur Gemilang
- Tarik Balik Larangan Terhadap Pusat Hiburan Di Bulan Ramadan -DAP
- Hudud Masih Belum Sesuai Jalankan Di Negara Ini – Dr.Asri
- Hadis Mengenai Hukum Merokok Sebenarnya Palsu?
- Anwar Ibrahim: Hidup Dan Mati Saya Di Tangan Allah
- Bekas Mufti Perlis Dr.Asri Mahu Anwar Bersumpah
- Najib Terus-terang Pelawa Pas Sertai BN
- Amaran Anwar Kepada Najib | ‘Anda Akan Jadi Ketua Pembangkang’
- Hudud Di Kelantan | Nik Aziz Sifatkan Dr.M Lucu





Pas pulak asyik main isu lapuk saje dari dulu sampai skrg. Dap pun same. kedua2 x bleh pakai. pas pulak kenapala baru sekarang terhegeh2 nak laksanakan hudud kenapa tak dari dulu. Ni tak lain tak bukan nak tawan pengundi ataupun nak mengalihkan isu hal mat sabu.
pas jika nak laksana kan hukum ni terus laksanakan saja..tak perlu takut kepada DAP tu..he2x..