Gara-gara mahu meniru aksi melakukan hubungan seks ketika bermain ‘pondok-pondok’ bersama sepupunya, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis selepas mencabul kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, kelmarin.

Difahamkan, remaja lelaki terbabit ditahan polis selepas keluarga kanak-kanak itu membuat laporan dan pemeriksaan mendapati ada kesan cabul pada bahagian kemaluan mangsa.

Sumber menyatakan dalam kejadian tengah hari itu, kedua-duanya bermain di rumah mangsa.

“Ketika bermain, remaja terbabit dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaiannya sebelum melakukan aksi tidak senonoh dan mencabul mangsa.

“Selepas selesai bermain, remaja itu pulang ke rumahnya. Namun, mangsa yang berasa sakit pada kemaluannya menangis dan memberitahu ibunya,” katanya.

Kata sumber, ibu mangsa kemudian bertanyakan anak kecilnya yang menceritakan perbuatan remaja terbabit.

Terkejut mendengar cerita itu, wanita berkenaan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINI

Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut sebelum polis menahan suspek di rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan remaja itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Related posts:

  1. Main kucing: Jiran simbah air panas
  2. Cabul Ibu Tiri | Remaja 17 Tahun Ditahan
  3. Kanak-kanak Perempuan Maut Terjatuh Kondominium
  4. Cabul Budak Enam Tahun
  5. Hamba Seks Kekasih Ibu
  6. Simbah Air Panas Ke Kemaluan Teman Lelaki
  7. Ibu Terkejut Anak Disahkan Hamil
  8. Pengarah Syarikat Dituduh Cabul 6 Pelajar
  9. Budak 2 Tahun Dipercayai Mangsa Rogol
  10. Panas! Video Seks Pembangkang Disahkan Tulen!

1 Comment

  • mama aini says:

    beginilah akibatnya jika kurang pemantauan dr ibubapa !!..kenapa mesti membiarkan kanak2 perempuan tersebut bermain di rumah bersama kanak2 lelaki walaupun itu sepupunya?..mcm2 skrg ni…hu2x..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins