Seorang anak anggota trafik berusia enam tahun yang mengidap sindrom down maut setelah terjatuh dari tingkat lima kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini hari ini.
Kejadian pukul 7.45 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ahmad Safuan Syafik Afendi, yang juga seorang kanak-kanak hiperaktif bermain seorang diri.
Menurut ibunya, Roslina Mohd. Yusof, 44, semasa kejadian, dia berada di dapur kerana membancuh susu yang diminta oleh Ahmad Safuan.
“Saya tak perasan bila dia keluar dari rumah dan menyedari kejadian itu bila dengar ada orang jumpa dia jatuh bangunan. Dia tidak sempat pun minum susu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Ahmad Safuan yang merupakan anak kepada Koperal Syafik Afendi Ahmad, 44, adalah anak keempat daripada lima beradik.
Saksi, Koperal Marina Jaafar, 37, berkata, dia terkejut mendapati seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada rakan sekerjanya terjatuh, kurang satu meter di hadapannya.
Katanya, semasa itu, dia mendukung anaknya yang berusia tiga tahun untuk dibawa ke rumah seorang pengasuh di bangunan sama.
“Saya ingat objek itu adalah sampah yang dibuang penduduk di tingkat atas bangunan tersebut. Namun setelah diamati, ia rupanya seorang kanak-kanak lelaki yang masih memakai baju tidur,” katanya.
HASIL LUMAYAN MELALUI FB & TWITTER. DIBAYAR DALAM USD! CEPAT JOIN DGN KLIK SINI
BAGAIMANA BLOG, FB & TWITTER BOLEH JADI MESIN DUIT? KETAHUINYA DENGAN KLIK SINIDalam pada itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika ditemui memberitahu, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Katanya, mangsa dipercayai telah memanjat tangga di tingkat lima bangunan berkenaan sebelum terjatuh.
“Mangsa tinggal di tingkat lapan tetapi kali terakhir ada saksi nampak dia di tingkat enam dan hendak turun ke tingkat lima,” katanya.
Related posts:
- Budak Hampir Terjatuh Dari Tingkat Tiga
- Ibu Campak Anak Dari Tingkat Enam?
- Kanak-kanak Perempuan Maut Terjatuh Kondominium
- Anak Peniaga Maut Lemas Dalam Tangki Najis
- Anggota Polis Patah Kaki & Alami Komplikasi | Motor Ditendang Peragut
- Bekas Polis Maut Jatuh Bangunan | Elak Dicekup JAWI
- Bapa Sempat Menyelamatkan Anak Dari Diliwat
- Madu Syak Anak Mati Didera Isteri Pertama
- Pegawai Kastam Maut Jatuh Bangunan SPRM
- Cuba Lindungi Anak Ketika Diserang | Bapa Maut





al-fatihah…susah juga nak jaga knk2 hyper aktif begini..kerana kawan mama ada seorg ank hyper aktif begini..